BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 17 September 2020

PlayStation 5 dijual sama harga dengan Xbox Series X


Mana satu pilihan anda? PS5 atau Xbox?

Masing-masing mempunyai kelebihan dan game yang eksklusif.

Apa pun, Sony Corp akhirnya mengumumkan PlayStation 5 akan (PS5) akan mula dijual pada 12 November di Amerika Syarikat pada harga AS$500 (kira-kira RM2,060), sepadan dengan harga Xbox Series X Microsoft Corp yang juga akan dijual tidak lama lagi.

Pada masa sama, Sony juga akan mengeluarkan edisi digital PS5 dengan harga AS$400 (kira-kira RM1,650), kata syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu pada sidang media maya pada Rabu.

Menurutnya, versi tersebut tidak mempunyai pemacu cakera dan memerlukan pelanggan membeli dan memuat turun permainan secara digital.

Memang ramai pengguna PS4 kini hanya memuat turun game daripada store Playstation secara digital kerana cakera sukar untuk diperolehi.


Sony juga mengumumkan bahawa Final Fantasy XVI, entri seterusnya dalam siri permainan role-playing yang popular akan menjadi konsol eksklusif untuk PlayStation.

Permainan lain yang ada untuk PS5 termasuk Hogwarts Legacy berdasarkan francais Harry Potter dan Spider-Man: Miles Morales yang akan dilancarkan pada waktu sama dengan pelancaran konsol tersebut.

Astro AWANI baru-baru ini melaporkan Sony akhirnya mengumumkan rupa bentuk konsol PlayStation 5 (PS5) versi terbaharu yang penuh bergaya.

Bukan itu sahaja, Sony turut memberi gambaran kepada peminat dengan lebih banyak judul permainan baharu yang akan hadir bersama konsol versi elegan campuran warna hitam dan putih itu.

Antara judul permainan bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu