BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 17 September 2020

Wow, LG Wing ada dua skrin!


LG nampaknya lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baharu berbanding syarikat teknologi lain selepas mengeluarkan sebuah telefon pintar yang hadir dengan dua skrin!

LG yang mengusik penonton acara virtual mereka pada Isnin, akhirnya mendedahkan LG Wing menerusi sebuah video demo telefon pintar itu di saluran Youtube LG Mobile Global.

Ya pada mula nampak macam telefon pintar biasa, tapi skrin depan boleh dipulas untuk mengeluarkan satu lagi skrin di belakang skrin hadapan.

Rekaan itu membolehkan anda melakukan dua kerja pada satu masa.



Contohnya bermain game atau menonton video sambil membalas mesej ataupun melihat gambar fullscreen sambil shopping online pada telefon pintar dual screen itu.

Seperti yang ditunjukkan dalam video LG Wing itu, anda boleh menjawab telefon pada skrin kedua dan kekalkan aplikasi navigasi pada skrin pertama. Memang canggih!



Syarikat elektronik Korea itu membuktikan ia boleh keluar dari pemikiran biasa apabila LG Wing adalah seakan gajet lengkap video kamera yang canggih.



Pembuat kandungan dan illusionist, Zach King antara yang menunjukkan demo kecanggihan kamera LG Wing dalam video tersebut.

Zach menunjukkan bahawa LG Wing datang dengan fungsi gimbal motion camera yang terbaharu, bukan sahaja untuk stabilkan video anda dengan perisian tetapi mempunyai butang kawalan untuk merakam visual seperti gimbal sebenar.



Dan jangan lupa, kamera LG Wing ada lock mode untuk freeze frame rakaman anda supaya boleh buat sambungan atau suntingan secara instant, sekali gus boleh buat video macam Zach King.



Anda memang kena tengok video LG Wing, baru korang tahu betapa moden dan canggihnya telefon pintar itu.

Skrin apa yang digunakan? 6.8" POLED FullVision display dan sebuah skrin kedua, 3.9 inci GOLED. 

LG Wing juga sedia dengan capaian 5G, dengan pemproses Snapdragon 765, RAM 8GB, kamera 64MP kanta luas, ultra wide 13MP dan 12MP bagi Gimbal Motion Camera.

Ada lagi kamera depan, 32MP Pop Up Front Camera, bateri 4,000 MaH dan storage berkapisiti 128GB dan 256GB.

Sabar, belum keluar lagi telefon ni, ia dijangka keluarkan pada Oktober, harga pun kami tahu lagi, dah tahu nanti kami beritahu OK?



Semua gambar tawan skrin Youtube/LG Mobile Global


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu