BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 17 September 2020

Mana datang nama Ribut Taufan


Tahun ini, jumlah ribut taufan yang berlaku di Lautan Atlantik terlalu banyak sehingga saintis semakin runsing akan kehabisan nama bagi ribut taufan akan datang.


Hanya tinggal beberapa bulan sahaja bagi musim berakhir, namun setakat ini, sejumlah 20 ribut taufan sudahpun berlaku termasuk yang kini sedang dalam pemerhatian, ribut Paulette, Teddy, Vicky dan Sally.


Musim ribut taufan Lautan Atlantik bermula pada 1 Jun 2020 dan berakhir pada 30 November 2020.


Jadi, jika terlalu banyak ribut taufan berlaku dalam satu musim, dan saintis sudah kehabisan nama untuk digunakan, apa akan terjadi?


Ini beberapa fakta tentang mana datangnya nama ribut taufan dan apa akan terjadi jika tiada lagi nama dalam senarai berkenaan.



Mana datang nama ribut taufan?

Foto: NASA

Nama-nama bagi ribut taufan adalah berdasarkan satu sistem penamaan oleh Organisasi Meteorologi Dunia (WMO).


Sistem itu mempunyai enam senarai nama yang bermula dengan 21 huruf, termasuk semua huruf dalam abjad kecuali huruf 'Q', 'U', 'X', 'Y' dan 'Z'.


Setiap nama itu akan bertukar setiap tahun, selama enam tahun sebelum ia dikitar semula, kecuali nama bagi ribut taufan yang telah memberi impak besar kepada ekonomi atau menyebabkan banyak kematian.


Sebagai contoh, ribut taufan Sally yang berlaku minggu ini akan digunapakai semula pada tahun 2026, namun ribut taufan Laura tidak lagi akan digunakan kerana impaknya terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Caribbean yang menyebabkan lebih 50 kematian.


Setakat ini, lebih 80 nama ribut taufan telah disenarai hitamkan di Atlantik bagi tujuan menghormati sensitiviti.


Apa akan berlaku jika kehabisan nama dalam senarai itu?


Hanya tinggal satu sahaja nama dalam senarai tersebut yang masih belum digunakan tahun ini, iaitu nama ke-21, Wilfred.


Jika ribut taufan Wilfred berlaku, dan melepasi angka ke-21, kemudian ada lagi ribut taufan berlaku selepas itu, saintis akan beralih kepada senarai abjad huruf backup.


Senarai abjad huruf backup adalah berdasarkan abjad huruf Greek iaitu bermula dengan Alpha, Beta, Gamma, Delta dan seterusnya.


Perkara itu hanya pernah berlaku sekali dalam sejarah, iaitu pada tahun 2005 di mana sejumlah 28 ribut taufan berlaku pada satu musim.


Musim ribut taufan pada tahun 2005 yang dianggap 'hiperaktif' telah menyebabkan enam nama dari abjad huruf Greek digunakan, termasuk Ribut Tropika Alpha, Taufan Beta, Ribut Tropika Gamma, Ribut Tropika Delta, Taufan Epsilon dan Ribut Tropika Zeta.


Bencana alam ini berlaku apabila wap panas dari air lautan diserap oleh udara dan menyebabkan terbentuknya ribut tropika, taufan dan siklon.


Pemanasan global adalah antara sebab suhu air laut semakin tinggi, maka tidak mustahil untuk kita mengalami lebih banyak ribut dan taufan yang lebih ekstrem di tahun-tahun akan datang.


Sumber foto: Shashank Sahay

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu