BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 30 September 2020

Jangan sembarangan membeli, ini panduan sebelum beli basikal idaman anda!



Musim berbasikal kini dilihat sebagai satu fenomena! Ya, sebelum ini pastinya sudah ada kelompok yang rajin berbasikal, namun kini ‘trend’ itu dilihat dapat sambutan luar biasa.


Bagaimanapun, perlu kita ingat bahawa untuk berbasikal itu, ada banyak perincian yang perlu kita lakukan selain mengikut kemampuan perbelanjaan.
Ini lima panduan sebelum anda memiliki basikal baharu idaman anda :-
1) Jangan beli sebelum anda ‘test ride’ 
Anda tidak tahu bagaimana basikal betul-betul sesuai dengan diri anda dan cara untuk mengendalinya sehingga anda melompat ke pelana dan mengambilnya untuk ujian putaran.
Cuba lakukan lebih daripada sekadar pedal sederhana di sekitar tempat letak kereta; beberapa peniaga basikal tempatan mempunyai basikal demo yang boleh anda sewa atau pinjam, dan kebanyakan pengeluar basikal menawarkan hari demo percuma di kedai dan taman sepanjang tahun.
Jadi, berunding dahulu dengan jurujual untuk mengetahui pilihan anda. Bagaimana anda membuat keputusan sebelum membeli kereta, begitu jugalah apa yang anda perlu lakukan sebelum membeli basikal bagi mendapatkan kepuasan tersebut.
2) Jangan beli basikal hanya kerana ada tawaran menarik
Sekiranya anda tidak menyukai cara pengendalian atau penampilan basikal, jangan beli hanya kerana anda mendapat tawaran menarik. Jangan terlalu ikut sesuatu jenama itu, kerana jenama yang canggih tidak semestinya menjanjikan keselesaan buat anda. Banyak sebenarnya perincian yang perlu anda lakukan, antaranya melihat dari segi kesesuaian dengan ketinggian anda.
BACA: Trend berbasikal: Fahami etika dan peraturan sebelum berkayuh
3) Pastikan jurujual bertanya sebanyak mana anda bertanya tentang basikal
Di internet, terdapat pelbagai maklumat yang anda boleh dapatkan mengenai sesuatu basikal. Jadi, anda mungkin merasakan tidak ada keperluan untuk anda bertanyakan pendapat terhadap jurujual di kedai basikal tersebut.
Ini kerana, mungkin terdapat beberapa maklumat di internet yang anda terlepas pandang. Jadi, adalah lebih baik jika jurujual bertanyakan kepada anda mengenai pilihan atau citarasa yang ingin anda penuhi sebanyak mana yang anda ingin tahu tentang satu basikal tersebut.
4) Jangan beli basikal yang tidak sesuai dengan matlamat menunggang anda
Anda sebagai bakal pemilik basikal itu, jadi anda lebih tahu apa yang anda inginkan. Terdapat pelbagai jenis basikal yang ada kerana tidak bermakna kesemua basikal itu mempunyai dua roda, ia mempunyai fungsi atau keupayaan yang sama.
Anda ingin menunggang secara santai ataupun berlumba? Setiap basikal itu ada kriterianya yang tersendiri, ada jenama yang hanya menghasilkan basikal yang khusus untuk berlumba dan ada yang untuk ditunggang secara santai.
Jadi, nilai semula sama ada anda inginkan basikal berjenis mountain bikeroad bike, basikal lipat, touring bikeataupun fitness bike. Untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat, adalah lebih baik anda bertanyakan sendiri kepada jurujual di kedai basikal berdekatan anda.
5) Jangan hanya beli basikal semata-mata, alat keselamatan juga penting!
Ramai penunggang basikal hanya berfikiran bahawa bajet atau perbelanjaan untuk menjalani aktiviti berbasikal adalah dengan hanya mempunyai sebuah basikal sahaja. Sama seperti kereta, anda pastinya memerlukan bayaran insurans, cukai jalan dan sebagainya.
Namun untuk basikal ini, anda tidaklah memerlukan bayaran tambahan tersebut. Apa yang diperlukan ialah aksesori keselamatan. Sudah alang-alang memiliki basikal dan mungkin akan memulakan pengembaraan baharu dengan mengayuh sejauh berpuluh-puluh kilometer.
Aspek keselamatan janganlah diketepikan, jadi selitkan juga perbelanjaan tambahan seperti helmet, lampu keselamatan, gear atau pakaian lengkap khas kerana ia mempunyai lapisan yang membuatkan anda tidak melecet atau lebih selesa untuk berbasikal.
Selain itu, sarung tangan dan tempat letak botol air juga penting. Adalah lebih baik juga sekiranya anda membeli basikal yang menyediakan tawaran promosi aksesori tambahan seperti ini.
Barulah anda berasa semangat dan tercabar melihat basikal yang diparkirkan di kawasan rumah anda kerana alatan sudah lengkap, apa lagi alasan yang membuatkan kita untuk tidak keluar berbasikal betul?

Sumber: Astro Awani, Jangan sembarangan membeli, ini panduan sebelum beli basikal idaman anda!
Foto: Daniel Frank

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu