Comel, tapi akan jadi She-Hulk. Disney+ dah jumpa calon untuk melakonkan watak She-Hulk, Tatiana Maslany.
Pemenang Anuegrah Emmy untuk siri TV, Orphan Black ini berasal dari Kanada dan kini berusia 34 tahun.
Tatiana mula berlakon sejak kecil lagi apabila tampil dalam beberapa siri TV di Kanada dan juga memenangi anugerah di Festival Filem Sundance menerusi filem Grown Up Movie Star pada 2010.
Siri She-Hulk tak berjaya pada awal 80-an, kenapa buat sekarang?
Kejayaan francais Marvel Cinematic Universe (MCU), karekter Black Widow dan juga Wonder Women dari DC menunjukkan ada sambutan untuk filem adiwira pada zaman ini.
Memperkasakan wanita menerusi Black Widow dan juga Wonder Woman mungkin mendorong Marvel untuk menghidupkan She-Hulk pula.
Siapa She-Hulk?
Peguam bernama Jennifer Walters, yang merupakan sepupu kepada Bruce Banner, yang bertukar menjadi Hulk.
Karekter rekaan Stan Lee dan artis John Buscema ini bermula dengan komik The Savage She-Hulk pada 1980.
Jennifer ditembak dan pemindahan darah Bruce Banner untuk menyelamatkan nyawanya adalah punca dia boleh bertukar menjadi monster seperti Hulk.
Bagaimanapun Jennifer berjaya mengawal perasaan marahnya untuk menjadi Hulk yang lebih bijak dan waras, malah rupa She-Hulk juga tak buruk dan menakutkan.
Selain melawan orang jahat, Jennifer terus berkhidmat di mahkamah dengan menyumbat penjenayah ke penjara.
Ternyata berita ini menggembirakan peminat Marvel, tak percaya tanya pelakon Hulk, Mark Ruffalo.
Welcome to the family, cuz! @tatianamaslany #SheHulk https://t.co/VXcaE9Fine
— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) September 17, 2020