Megapiksel tak penting dalam pengumuman Sony Xperia 5 II. Banyak review yang ada sebelum ini memang memuji pakej lensa yang dipasang pada Xperia 5 II ini dan menganggap ia adalah antara yang terbaik.
Bukan sahaja ia mempunyai tiga lensa, 16/24/70 milimeter, tetapi ia dipadankan dengan teknologi termaju jenama kamera Sony Alpha, dengan ketepatan fokus - Eye Autofocus, selain Optical SteadyShot.
Selain fotografi, ia juga memastikan pengguna merakam video yang berkualiti tinggi, termasuk mod sukan, gerak perlahan dalam 4K HDR 120fps dan video cinematic luas 21:9 sehingga 60fps (fps=bingkai sesaat).
Bukan setakat mengambil foto dan video, ia juga mempunyai fungsi gaming yang hebat.
Scanning rate phone skrin 6.1 inci OLED dengan 120Hz refresh rate ini mempunyai 240Hz touch scaning rate, motion blur reduction dan touch response, memberikan pengalaman sentuhan pada skrin yang lebih baik berbanding Xperia yang lain sebelum ini.
Anda juga boleh menyambungkan controller Playstation Dualshock pada telefon ini untuk memberi pengalaman bermain game yang lebih menarik dan selesa.
Bagi memastikan stabiliti, ia dipasang dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865 dengan 5G, bateri 4,000mAh dengan fast charging, speaker stereo, bunyi resolusi tinggi, sambungan jack audio 3.5-millimeter dan kalis air IP65/68.
BACA: Playstation 5 sama harga dengan Xbox Series X
Fakta: Kamera Xperia 5 II ini adalah 12MP bagi tiga kamera yang dibelakang dan 8MP bagi kamera hadapan.
Semua foto dari Sony.com
BACA: LG Wing ada 2 skrin untuk anda