BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 4 September 2020

Panduan kalori kuih bulan & membakar kalorinya



Kuih Bulan yang menjadi hidangan tradisional semasa Festival Pertengahan Musim Luruh dan juga semasa Pesta Tanglung ini memang sedap.

Kita, terutamanya kaum Cina tidak boleh lari daripada meraikan perayaan ini dan makan kuih bulan.

Bagi yang mahu menjaga berat badan atau pengambilan kalori, Mashable ada menyenaraikan jumlah kalori bagi setiap jenis Kuih Bulan ataupun Mooncake.

Mari kita lihat:

Baked Lotus Seed Paste Mooncake - 716 kalori
Baked Salted Egg Yolk Mooncake - 790-860 kalori
Bakes Red Bean Paste Mooncake - 820 kalori
Snow Skin Lotus Mooncake - 93 kalori
Wu Ren / Bakes Mixed Nuts Mooncake - 200 kalori
Flaky pastry Yam Paste Mooncake - 113 kalori bagi setiap 25 gram
Baked Green Tea Mooncake - 378 kalori bagi setiap 100 gram
Ice Cream Mooncake - 358 kalori bagi setiap 100 gram

Kemudian bayangkan, apa yang anda perlu lakukan supaya tidak rasa bersalah selepas makan banyak mooncake. Ini panduannya, selain berpandukan kepada jam pintar anda.

Kalau berat badan anda 54 kg, anda akan bakar 11.4 kalori setiap minit semasa berlari. 

Jadi kalau nak bakar Lotus Seed Paste Mooncake sebanyak 716 kalori itu, kenalah lari lebih kurang sejam, dapat lah kurangkan kalori.

Kalau berat badan 80 kg, 17 kalori akan dibakar setiap minit anda berlari. Buat perkiraan sendiri.

Jadi mudah sahaja kalau nak burn kalori selepas enjoy makan mooncake ni. Nasihat kami, enjoy dulu, bakar kemudian, jangan tidur selepas makan kerana perayaan ini setahun sekali saja.

(PS: Ini tak termasuk air manis yang diminum semasa jamuan tau)


Foto: Huong Ho @ Unsplash.com



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu