BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 9 September 2020

Selamat tinggal The Kardashians


Selepas 14 tahun, kini masanya untuk mengucap selamat tinggal kepada siri  realiti TV, Keeping Up With The Kardashians (KUWTK).

Rancangan realiti yang membentuk kejayaan keluarga Kardhashian-Jenner akan berakhir siarannya pada musim ke 20, yang akan mula bersiaran awal tahun depan.

Sedih, namun masih belum terlambat untuk peminat-peminat KUWTK menonton episod-episod baharu bagi musim ke 19 akan mula disiarkan pada 17 September 2020.

Poster KUWTK musim ke 16.
Foto: Instagram @kimkardashian



Kata Kim di laman sosialnya, walaupun ia satu keputusan yang sukar untuk dibuat, keluarga Kardashian-Jenner kecapi banyak kejayaan hasil KUWTK. 

"Saya tidak akan berada di sini tanpa KUWTK, saya berterima kasih kepada semua yang menonton siri itu selama 14 tahun. 

"Siri ini telah membentuk kami sebagai individu dan saya akan sentiasa terhutang budi kepada semua yang terlibat dalam pencapaian kerjaya kami dan mengubah kehidupan kami buat selama-lamanya," kata Kim.

Kesemua anak perempuan keluarga Kardashian-Jenner.
Foto: Instagram @khloekardashian

Musim pertama KUWTK disiarkan pada 14 Oktober 2007 di saluran E! dan kini mempunyai ratusan episod dan 12 siri sampingan termasuk Kourtney and Khloe Take Miami, Kourtney and Kim Take New York, Kourtney and Kim Take Miami, Kourtney and Khloe Take the Hamptons, Khloe and Lamar, Sex with Brody, I Am Cait, DASH Dolls, Life of Kylie, Rob & Chyna, Revenge Body with Khloe Kardashian and Flip It Like Disick.

Kim dan Kanye sekeluarga.
Foto: Instagram @kimkardashian

Pada mulanya, siri realiti televisyen itu bermula dengan rakaman kehidupan Kim, Kourtney, Khloe dan Rob Kardashian bersama  adik-adiknya, Kendall dan Kylie Jenner, serta ibu dan bapa tiri Kris Jenner dan Caitlyn Jenner.


Sumber foto: Twitter @kimkardashian


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu