BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 8 September 2020

Selamba berdiri lebih 2 jam dalam ketulan ais


Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!

Seorang lelaki Austria pada Sabtu mengagumkan orang ramai apabila mampu bertahan dengan berdiri dalam sebuah kotak yang penuh diisi dengan ketulan ais, untuk satu tempoh yang melayakkannya mendapat pengiktirafan.

Agensi berita Reuters melaporkan, Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.

Hanya memakai seluar renang, Koeberl diselubungi ketulan ais hingga ke paras bahunya dalam sebuah kotak lutsinar. Sepanjang tempoh itu, kedua-dua belah tangannya dirapatkan ke dadanya.

Lelaki itu berjaya memecahkan rekodnya sendiri yang dilakukan pada tahun lalu, iaitu berada dalam situasi yang sama selama 2 jam, 8 minit dan 47 saat.

"Perasaan ini sangat hebat, di bawah matahari ini, kehangatannya begitu menyenangkan," ujar Koeberl selepas keluar dari kurungan bekunya di suatu petang yang cerah di bandar Melk, pinggir Sungai Danube.

Kejayaannya itu turut disaksikan oleh khalayak ramai yang memenuhi ruang dataran di lokasi pertunjukan tersebut.

Tambahnya: "Saya dapat memakai stoking sendiri. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghangatkan kaki anda."

Atlet Austria, Josef Koeberl, lega selepas berjaya memecahkan rekodnya sendiri berada dalam suhu beku selama lebih dua jam. - Reuters

Laporan asal Astro AWANI. Foto dan sumber Reuters

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu