Beribu-ribu penunjuk perasaan di Bangkok, Thailand bukan sahaja mendapat perhatian kerajaan Thailand, namun satu dunia kini memerhati mereka.
Diketuai oleh 'The People', majoriti penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan belia menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, menggesa pembubaran parlimen, pemindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki, lapor Astro AWANI.
Apa yang membuat mereka berada di bawah spotlight sekarang bukan semata-mata kerana jumlah penunjuk perasaan yang besar atau mengadakan protes di tengah-tengah pandemik, tetapi kerana kreativiti mereka.
Ini tiga sebab penunjuk perasaan Thailand mendapat perhatian dunia.
1. Guna unsur kartun ketika protes
Foto: REUTERS |
Penunjuk perasaan pro-demokrasi di Bangkok yang kebanyakan terdiri daripada pelajar universiti dan sekolah menengah, memilih untuk menggunakan tema kartun dan filem popular kepada budaya Thai, seperti Hamtaro agar mendapat perhatian dan sokongan lebih ramai anak muda.
Oleh kerana kartun The Hamtaro disiarkan di kaca televisyen setiap pagi, ia lebih mudah untuk mereka memahami dan mengaitkan diri mereka dengan protes tersebut.
Selain itu, mereka turut pernah menggunakan tema filem Harry Potter untuk berprotes. Oleh kerana undang-undang negara itu yang tidak melarang institusi monarki dikutuk, mereka terpaksa menggunakan kreativiti dengan menggunakan karekter antagonis dalam filem itu, Lord Voldemort.
Gambar Voldemort diletakkan dalam bingkai emas untuk merujuk kepada "He Who Cannot Be Named" bagi menggantikan...
(Faham-faham jelah...)
Foto: AFP |
2. Guna kod untuk komunikasi
Foto: AP/Gemunu Amarasinghe |
Ketika mengadakan protes menentang kerajaan, sudah tentu pihak polis akan berusaha untuk meredakan situasi dan menghalau penunjuk perasaan untuk tidak berkumpul.
Oleh itu, anak muda Thailand menggunakan kod khas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan mudah.
Antara kod yang mereka pakai berbunyi seperti, "Kari Pedas, cepat! Kopi sudah datang,", "CIA di tapak protes!" serta menggunakan perkataan seperti "Ocha" dan "O-liang" untuk merujuk kepada polis atau jika polis sudah dikerahkan di kawasan tertentu.
3. Kumpul dana melalui peminat kumpulan K-pop, BTS
Foto: Wikipedia |