BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 23 Oktober 2020

8 makanan dan minuman yang baik sebelum tidur


Kadang-kadang bila nak masuk tidurlah, rasa lapar kembali menghantui. Ada yang bedal sahaja mengikut selera, namun sebenarnya ketahuilah bahawa tidak elok makan sebelum tidur.

Ini kerana makanan yang dimakan itu tidak akan dihadam dengan baik, sekaligus mengundang gangguan kepada tubuh untuk mendapat tidur secukupnya yang sangat diperlukan. 

Bagaimanapun, ada jenis-jenis makanan dan minuman yang dibenarkan malah baik untuk diambil sebelum kita menutup mata untuk dibuai mimpi indah sehingga keesokan harinya.


1. Badam


Jenis kacang ini mengandungi banyak nutrien, seperti fosforus, manganese, riboflavin, antioksidan dan serat. 

Memakan badam atau sebutan Inggerisnya almond dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis dan masalah jantung.

Badam juga sumber melatonin, hormon yang bertanggungjawab melaraskan jam biologi badan kita, menyiapkan tubuh supaya bersedia untuk tidur.


2. Ayam belanda


Tak ramai orang kita makan ayam belanda. Tapi kalau ada, ia hidangan yang sesuai dimakan sebelum melabuhkan badan ke katil. 

Ia ada kandungan tinggi protein, yang penting untuk pembinaan otot juga dapat mengawal selera. Ayam belanda juga mengandungi asid amino jenis tryptophan, yang mampu meningkatkan penghasilan melatonin. 

Selain itu ada juga fosforus, riboflavin dan selenium yang diperlukan tubuh.


3. Teh chamomile


Herba ini terkenal dengan kandungan flavone, sejenis antioksidan yang meredakan keradangan. Keradangan adalah punca kebanyakan penyakit kronik terutamanya sakit jantung dan kanser.

Beberapa kajian membuktikan pengambilan chamomile dapat melonjakkan sistem imun, merawar kemurungan dan keresahan serta meningkatkan kesihatan kulit. Apigenin, satu lagi jenis antioksidan yang ada dapat membantu menghubungkan sel-sel otak untuk menggalakkannya supaya rehat sekaligus merawat insomnia.

Satu kajian pada 2011 mendapati 34 orang yang minum 270 mg ekstrak chamomile dua kali sehari selama 28 hari, tidur 15 minit lebih awal dan kurang terjaga di tengah-tengah malam berbanding mereka yang tidak meminumnya.


4. Kiwi


Selain rendah kalori dan banyak mineralnya, kiwi mengandungi serotonin, sejenis bahan kimia dalam otak yang membantu melaraskan kitaran tidur kita. Vitamin C dan karotenoid juga antara antioksidan yang mendorong tidur.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan selama 4 minggu, 24 orang dewasa memakan dua biji buah kiwi sejam sebelum tidur setiap malam. Kesannya, mereka tidur 42% lebih cepat berbanding jika tidak makan apa-apa.


5. Ikan berlemak


Vitamin D dan asid berlemak omega-3 yang membuatkan ikan-ikan seperti salmon, tuna, makerel, dan trout baik dimakan sebelum lena. 

Kombinasi vitamin D dan omega-3 meningkatkan penghasilan serotonin. Ada satu kajian di mana seorang lelaki yang memakan 300 gram ikan salmon Atlantik tiga kali seminggu selama enam bulan tidur awal 10 minit daripada mereka yang makan ayam, daging serta babi.


6. Walnut



Walnut mengandungi sekurang-kurangnya 19 jenis vitamin dan mineral serta serata. Ia kaya dengan magnesium, fosforus, manganese dan tembaga.

Kacang ini juga dapat meningkatkan kesihatan jantung, kerana kebolehannya mengurangkan kolestrol dalam darah. Selain itu, pengkaji juga mendakwa walnut adalah sumber terbaik melatonin.

Perasan tak bentuknya macam otak?


7. Teh bunga markisa


Apigenin dalam bunga markisa dapat mengurangkan keresahan, apabila antioksidan itu mengikat kepada reseptor khusus dalam otak kita.

Ada juga beberapa bukti menunjukkan bunga markisa meningkatkan penghasilan bahan kimia otak bernama asid gamma aminobutyric (GABA). GABA berfungsi untuk mengekang bahan kimia otak seperti glutamat yang mendorong stres.


8. Nasi putih


Ini pasti ramai yang akan salah anggap. Baca dulu betul-betul.

Ada orang kata makan nasi sebelum tidur boleh gemuk. Betul. Tapi kalau dimakan dalam jumlah yang berpatutan, ia dapat membantu tidur yang lebih lena tanpa membawa mudarat kepada kesihatan.

Walaupun ia kurang serat, nutrien dan antioksidan, nasi putih tinggi kandungan karbohidrat. Karbohidrat memerlukan tenaga yang banyak untuk dipecahkan dalam proses penghadaman. 

Doktor pun menyarankan supaya seboleh-bolehnya, kalau nak makan apa yang disenaraikan di atas ini atau apa-apa sahaja pun, makanlah sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam sebelum tidur. 

Separuh pinggan sudah cukup, kalau sayang diri lah.

Rancak TV peduli. Selamat mencuba!


*Sumber: Healthline

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu