BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 24 Oktober 2020

iPhone 12 sudah tiba

 

iPhone 12 dan iPad Air sudahpun tiba di Apple Store Singapura semalam dan Apple berkongsi gambar pelanggan yang berkunjung ke sana untuk melihat dan mendapatkan model terbaharu gadget itu.

Selain kedai Apple di Orchard Road itu, iPhone dan iPad terbaharu itu turut mula dijual di Beijing, London, Sydney, Hong Kong, New York dan pelbagai lokasi utama di seluruh dunia.

BACA: Tukang filem bersedia untuk iPhone 12 Pro Max


Pengunjung di Apple Store Orchard Road, Singapura. Foto: Apple.com

Barisan untuk masuk ke kedai di Singapura tidaklah begitu panjang seperti dahulu kerana Apple juga menggalakkan strategi penjualan iPhone secara dalam talian.

Walaupun tak ramai, keadaan tetap nampak sesak dan paling ketara di Apple Store New York.



Pada masa sama, Apple turut berkongsi gambar kakitangan Apple di Amerika Syarikat yang giat menggerakkan penghantaran gadget terbaharu mereka itu ke seluruh dunia.

Foto: Apple.com
iPhone 12 mini diumumkan dijual pada harga bermula RM3,399 sementara iPhone 12 bermula RM3,899.

iPhone 12 Pro Max dijual pada harga bermula pada RM5,299 manakala iPhone 12 Pro bermula RM4,899.


iPad Air yang baharu pula bermula RM2,599.


Ada yang masih mampu untuk beli iPhone 12 atau iPad semasa pandemik ini?


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu