BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 Oktober 2020

iPhone 12 Pro Max lagi mahal daripada laptop sebab...


Alah membeli, menang memakai. Tak mampu buat cara tak mampu, bagi yang ada kemahuan, ada la jalan.


Ada orang guna telefon pintar untuk sekadar hantar mesej, telefon, tengok video dan ambil gambar selfie saja.


Tapi ada orang yang guna untuk menghasilkan video berprestasi tinggi dan bermain game yang memerlukan pemproses yang pantas.


BACA: Tukang filem, bersedia untuk iPhone 12 Pro Max


Ia adalah mengenai pengalaman pengguna, dan setiap individu ada keinginan masing-masing.


Jadi, bagi siapa yang mampu atau mampu mencari kemampuan untuk membeli iPhone 12, mereka sangat beruntung kerana di tapak tangan mereka adalah sebuah telefon pintar berteknologi paling ke hadapan.


Walaupun pada luaran, ataupun pada user interface, Android dilihat lebih mesra pengguna dan banyak model atau jenama yang lebih mampu milik, ia tidak dapat menandingi kehebatan seni bina dalam cip A14 bionic, yang setakat ini, adalah yang terpantas di dunia.


Tidak dinafikan, Qualcomm Snapdragon 865 Plus yang digunakan telefon pintar flagship (jenis telefon mahal seperti Samsung Galaxy S20+, Note 20) yang menggunakan sistem operasi Android juga tidak kurang hebatnya.


865 Plus mendapat markah yang lebih tinggi bagi ujian yang dilakukan AnTutu, (sebuah perisian penanda aras untuk menguji kemampuan pemproses), selain mempunyai dua teras lebih banyak daripada A14.


Tetapi cip bionik Apple menang dalam prestasi yang lain.


Disebalik menggunakan hanya enam teras, cip A14 mengatasi pretasi CPU (Unit Pemprosesan Pusat), prestasi gaming dan jangka hayat bateri.


11.8 bilion transistor dibina pada A14 cip berbanding hanya 8.5 bilion transistor pada 865 plus, seperti yang dilaporkan. 


Jumlah transistor yang ada pada A14 adalah 40% lebih banyak daripada generasi yang sebelum ini. Wow!


A14 juga dilengkapi dengan enjin kecerdasan buatan (AI) dan enjin Neural lanjutan dan menyebabkan harga iPhone lagi mahal daripada laptop.


Ya, memang patut harga lagi mahal iPhone ni lagi daripada laptop, sebab apa?


Bukan senang nak bikin cip A14 ni, yang boleh mengalahkan prestasi Macbook Pro 13 inci. (Berdasarkan markah yang diperoleh daripada ujian multi-core cip tersebut).


Grafik dari ujian A14 vs Snapdragon 865. Sumber: techyorker.com



Bagaimanapun, 865 Plus ini dikeluarkan pada September tahun lepas dan kini para pemerhati teknologi menantikan Snapdragon 875.


875 dijangka mampu merapatkan jurang dengan A14 atau mengatasinya kerana kedua-dua syarikat mempunyai kemampuan untuk menghasilkan cip yang berkuasa tinggi untuk peranti mudah alih.


Tapi sudah pasti, apabila Qualcomm berjaya menghampiri A14, Apple sudah bersedia dengan lanjutan kepada generasi cip itu.


Ingat, ini mengenai teknologi, bukan sebab rupa, murah atau mahal.


Ini baru cerita pasal cip, belum keselamatan, privasi dan sokongan yang diberikan pemilik sistem operasi proprietari seperti Apple.


Cuba baca yang bawah ni pula:


BACA: KENAPA SAYA AKAN TERUS MENGGUNAKAN iPHONE





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu