BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 8 Oktober 2020

Apa anda perlu tahu tentang PKPB Klang



Persoalan di manakah kawasan yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang bermula jam 12:01, 9 Oktober, sudah pun terjawab.

Perintah yang akan dilaksanakan selama 14 hari itu hanya akan melibatkan sebahagian Mukim Klang dan bukan seluruh Daerah Klang, menurut pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang Khamis.

Kerajaan turut membenarkan sektor ekonomi di semua kawasan yang terlibat untuk terus beroperasi, namun hanya dibenarkan bermula 6 pagi hingga 10 malam.


Apa kawasan yang terlibat?

Menurut kenyataan media oleh Kerajaan Selangor, kawasan-kawasan yang terlibat dengan PKPB di Mukim Klang adalah seperti berikut:

1. Bandar Bukit Tinggi
2. Kg Bukit Naga
3. Kg Kuantan
4. Bandar Puteri
5. Taman Sri Andalas
6. Taman Suria
7. Bandar Klang
8. Ken Jimbaran
9. Taman Andalas Permai
10. Taman Seri Lembayung
11. Kg Delek Kiri
12. Kg Sungai Udang
13. Taman Bayu Perdana
14. Taman Sentosa
15. Jalan Dato Dagang
16. Jalan Haji Tarmizi
17. Jalan Kebun
18. Jalan Muhibbah
19. Kg Johan Setia
20. Kg Perigi Nenas
21. Kg Serdang
22. Kg Sungai Kandis
23. Lorong Sungai Udang
24. Mutiara Bukit Raja
25. Pangsapuri Bukit Kuda
26. Pangsapuri Palm Garden
27. Taman Desa Meru
28. Taman Gembira
29. Taman Kim Batu Belah
30. Taman Klang Perdana
31. Taman Klang Utama
32. Taman Pendamar Indah
33. Taman Sejati
34. Taman Setia
35. Taman Sri Muda
36. Taman Tenaga Bakti

Apa yang boleh dilakukan ketika tempoh PKPB?

Oleh kerana Selangor menyumbang kepada hampir satu perempat daripada GDP negara, sektor ekonomi seperti restoran, kedai, gerai makanan, kedai runcit, kedai serbaneka dan warung masih dibenarkan beroperasi. Waktu operasi adalah antara 6 pagi hingga 10 malam, dengan SOP yang ketat.

Bagaimanapun, jika ingin membeli makanan, kerajaan hanya membenarkan untuk menggunakan kaedah pandu lalu atau perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.



Klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi selama 24 jam, manakala farmasi boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam sahaja.

Pengangkutan awam, bas, teksi dan e-hailing pula dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 malam, dan stesen minyak pula beroperasi adalah bermula 6 pagi hingga 11 malam.

Jika ingin membeli barangan keperluan di kedai runcit atau pasaraya, kerajaan menggalakkan hanya seorang wakil keluarga untuk keluar membelinya.

Apa yang tidak dibenarkan ketika tempoh PKPB?

Aktiviti riadah dan sukan tidak dibenarkan selama tempoh PKPB dilaksanakan, di mana taman awam, pusat rekreasi, taman kanak-kanak di kawasan outdoor dan indoor adalah ditutup dalam tempoh ini. Jika ingin bersenam, sila lakukannya di dalam kawasan rumah anda.

Bagi aktiviti pendidikan, semuanya akan berlangsung dalam talian kerana Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak adalah tutup buat sementara waktu.

Aktiviti keagamaan turut tidak dibenarkan dilakukan di mana-mana pusat ibadat bagi semua Agama termasuk Islam dan bukan Islam, kerana masjid, surau, serta rumah ibadat bukan Islam ditutup bermula 9 Oktober 2020.

Semestinya, aktiviti sosial dan budaya turut tidak dibenarkan di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan bertugas untuk memastikan semua patuh kepada perintah berkenaan, selain mengadakan sekatan jalan raya untuk kawal pergerakan keluar dan masuk di kawasan yang terlibat.


Sumber foto: Adli Wahid, Unsplash





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu