Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bulan Mac lalu tidak menghalang pelajar sekolah berfikir secara kreatif untuk menyiapkan buku tahunan sekolah.
SOP yang ketat menyebabkan pelajar tidak boleh duduk rapat-rapat untuk ambil group photo, jadi mereka buatlah design macam landing page Netflix.
Itulah yang dilakukan sekumpulan pelajar tingkatan lima yang memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat (IT) serta generasi baharu yang terdedah dengan penggunaan komputer.
Muhammad Adam Syafi Mohamed Amir atau @dumbhaji di Twitter memberitahu Juice Online, dia bersama lima rakan Muhammad Izz Irfan Shamsuddin, Mizan Zaini Mohd Mustakim, Nor Danish Imran Nor Hisham dan Syammer Hafizal Samsuddin telah diberi masa seminggu setengah untuk siapkan buku itu.
For Majalah Sekolah✨ pic.twitter.com/TM5ujT6Njz
— Adumb (@dumbhaji) October 2, 2020
Pelajar kelas 5 UKM tahun 2020 dari SMK Taman Hillcrest mengambil gambar setiap pelajar, crop setiap satu gambar menggunakan Photoshop, dan mencantumkan semua gambar itu dengan reka letak Netflix.
Gambar buku itu tular di Twitter apabila mendapat lebih 20,000 rewteet dan hampir 35,000 likes, selain memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk design buku mereka seperti muka halaman popular, Spotify dan Pintrest.
Aaa nak jugak 😗👉👈 (become a doctor cuz kitorang science stream hehe) https://t.co/KExb8x0hln pic.twitter.com/vHnFEFkwXt
— ノ(・ω・)ノ (@xxsyaffiainxx) October 2, 2020
this one yang clear version 🤪🤍🔥 https://t.co/WcX2H2dJhp pic.twitter.com/rWg8Au2unI
— 🕊 (@fatinnhshm) October 2, 2020
Kreatif kan anak muda zaman sekarang? Dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang, tiada halangan untuk mereka mencipta seni kreatif yang lain.
Jangan lupa buat macam Astro GO pula lepas ini!
Sumber foto: Twitter @dumbhaji