BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 28 Oktober 2020

Asam laksa no.7 makanan terbaik dunia

 


Orang Malaysia, sila tepuk kerana hidangan asam laksa mendapat tempat ketujuh dalam senarai makanan terbaik dunia oleh CNN.


Hidangan yang berasal dari Pulau Pinang itu mengatasi tom yam goong, dari Thailand (mana lagi?) yang mendapat tempat ke lapan dalam senarai yang sama.


Asam laksa Pulau Pinang yang popular sebagai makanan jalanan Georgetown dibuat daripada mee beras, ikan kembong, dan sos udang yang memberi kombinasi rasa masam, manis dan pedas.


Kari Massaman, Thailand.
Foto: Instgram @imtoocheesyforyou


Dalam pada itu, Thailand masih berada di hadapan kerana kari Thailand atau massaman dilaporkan mendapat tempat pertama dalam seluruh senarai makanan terbaik dunia CNN.


Saya (penulis) sebagai darah campur Melayu dan Thai masih rasa bangga kerana hidangan kedua-dua negara asal mendapat tanda penghargaan bertaraf antarabangsa, membuktikan makanan Asia Tenggara adalah antara terbaik di dunia.


Rendang daging Indonesia, Malaysia
Foto: Instagram @gallerymasakan


Selain itu, rendang daging turut tersenarai di tempat ke-11.


Bagaimanapun, rendang daging yang dimaksudkan CNN milik  Indonesia, walaupun rendang daging adalah hidangan wajib orang Melayu semasa Hari Raya Aidilfitri.


Bagaimanapun, atas semangat serumpun, kita tidak harus mempertikaikan asal usul hidangan itu dan berkongsi nikmat itu bersama.


Menduduki tempat kedua adalah pizza Itali, ketiga, coklat dari Itali dan keempat, sushi Jepun. 


Dalam banyak-banyak ini, yang manakah anda rasa patut menduduki tempat pertama, atau anda setuju dengan senarai sedia ada?


Kongsikan pada kami di ruangan komen!


Sumber foto: Instagram woon.heng




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu