BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 11 Oktober 2020

Big Stage : Dinie tidak mahu gunakan kekurangan sebagai alasan


Dalam kekurangan pasti ada kelebihan di dalam diri sendiri.

Penyertaan penyanyi, Dinie Rashid dalam program realiti Big Stage, sememangnya memberi satu kelainan dalam program tersebut.

Meskipun dengan hanya 20 peratus daya penglihatan, Dinie atau nama sebenarnya Muhamad Dinie Rashid, tidak mahu menggunakannya sebagai alasan untuk tidak melakukan yang terbaik semasa persembahan.

Lihat sahaja nyanyiannya menerusi lagu Umpan Jinak di Air Tenang dan Adventure Of A Lifetime nyanyian Coldplay mendapat pujian para juri.

"Pada asalnya saya rasa susah nak bersaing dengan mereka, saya rasa sangat jauh tetapi saya tak nak guna perkara ini sebagai satu alasan,"

"Adik beradik saya (peserta Big Stage), cikgu selalu ada dan memberi motivasi untuk saya maju dalam pertandingan ini," katanya.

Pada masa sama, bagi Dinie penyertaannya dalam Big Stage dilihat sebagai membuka ruang kepada golongan senasib dengannya untuk terus tonjolkan diri dan bakat mereka di khalayak ramai.

Menjadikan Azmi Caliph Busker sebagai contoh, Dinie menyatakan bahawa sekiranya selepas ini dia diberikan peluang untuk berlakon atau mengacara, dia akan menerimanya dengan hati yang terbuka untuk mencuba.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu