BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 11 Oktober 2020

Big Stage : Penyanyi baru banyak macam "Cendawan Tumbuh" tapi...



Kehadiran penyanyi baharu dalam industri seni suara dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Lebih-lebih lagi dengan teknologi sedia ada, hanya berbekalkan durasi 1 minit atau lebih mereka sudah boleh mula terkenal dan mempunyai peminat sendiri di media sosial.

Perkara ini dilihat sebagai satu cabaran buat penyanyi-penyanyi yang lahir dari program realiti hiburan untuk tidak terlalu selesa.

Meskipun ini satu cabaran yang berat namun, penyanyi Qody Rany melihat ia sebagai satu yang positif untuk melonjak dirinya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik.

Tetapi bagi pemenang tempat ketiga Big Stage apa yang membezakan penyanyi media sosial dan rancangan realiti ialah kualiti nyanyian.

"Sekarang kita tengok penyanyi baru macam cendawan tumbuh, hanya buat cover di media sosial tapi dah boleh popular "

"Kami ada rasa cemburu tu tapi apa yang boleh saya katakan ada perbezaan di antara penyanyi yang lahir dari program realiti dan juga cover, iaitu kualiti untuk menyanyi secara langsung yang mereka tidak ada namun kami ada," katanya

Pada masa sama, Qody juga menyatakan selain daripada memberi fokus kepada karier nyanyian yang baru dibina semula, dia juga ingin membuka kedai makanan barat yang murah di Langkawi, Kedah.

"Saya nak buka bisnes ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga, sebab kadang-kadang kita tak tahu berapa lama kita boleh bertahan dalam industri dan kita tak tahu apa yang akan terjadi dekat kita, jadi ia adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga," tambahnya.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu