Apabila bercakap mengenai penggunaan kamera, sudah tentu ramai yang lebih menjurus ke arah kamera digital, tambahan pula pada era moden ini, semuanya perlu dilakukan dengan pantas.
Selain kepantasan, hasil bidikan kamera digital boleh disunting menggunakan pelbagai jenis kesan dalam perisian komputer bagi menampakkan look yang diinginkan.
Kamera digital juga memudahkan tugasan selain tidak perlu bersusah-payah melalui pelbagai teknik antaranya membaca suhu cahaya atau menentukan shutter speed.
Begitupun, masih ada sekelompok kecil komuniti jurugambar yang kembali kepada asas menggunakan kamera filem bagi menghasilkan karya mereka.
Supian Ahmad, 41, antara jurugambar yang berbuat demikian selepas berbelas tahun menggunakan kamera digital terutama dalam tugasan hariannya sebelum ini.
“Sebelum ini saya bertugas sebagai jurugambar berita untuk sebuah agensi berita tempatan selama beberapa belas tahun sebelum bersara dan kini menjadi seorang jurugambar bebas.
“Semasa bekerja, saya menggunakan kamera digital sepenuhnya untuk tugasan harian, tetapi selepas bersara saya menumpukan kegunaan kamera filem untuk berkarya.
Supian Ahmad dengan kamera Mamiya RB67. |
“Pada saya, ia adalah satu medium yang terbaik untuk kita kembali kepada asas sebagai seorang jurugambar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Supian, kamera filem membuatkan dirinya mempelajari banyak perkara yang perlu dilakukan secara manual termasuk membaca suhu cahaya dan juga penggunaan ISO serta lensa tunggal (fixed lens).
Tambahnya, apa yang menarik mengenai penggunaan kamera filem adalah dia tidak perlu untuk sentiasa melihat panel LCD setiap masa.
Foto: Koleksi hasil kerja Supian Ahmad |
Foto: Supian Ahmad |
Foto: Sharul Nizam Basri |
Sementara itu, seorang lagi jurugambar, Sharul Nizam Basri, memberitahu mula menggunakan kamera filem seawal pembabitannya dalam lapangan berkenaan semasa bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah pada tahun 2003 sehingga 2005.
Salah satu hasil kerja Sharul, menggunakan teknik double exposure pada kamera filem, teknik yang hampir pupus pada era zaman digital. |
“Lifestyle menggunakan kamera filem sangat mencabar. Banyak faktor perlu kita tahu antaranya filem apa nak kena guna, color mode dan filem ini ada sifat dan warnanya yang tertentu,” katanya.