BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 8 Oktober 2020

Di mana letaknya Klang yang kena PKPB?


Pada Rabu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan tambahan termasuk Sandakan, Papar, Tuaran dan “Klang” dalam misi mengawal COVID-19 daripada terus merebak.


Perincian mengenai parameter PKPB di Klang hanya akan diketahui esok selepas mesyuarat MKN Selangor. Bagi yang tak pernah pergi Klang ataupun tahu di mana letaknya Klang, ini sedikit penjelasan mengenainya.


Di mana lokasi Klang?


Klang merupakan daerah di Negeri Selangor, yang terletak kira-kira 32 kilometer di barat Kuala Lumpur. Bandar-bandar di daerah itu termasuk Bandar Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Kapar, Meru dan Bandar Sultan Sulaiman.


Klang turut dibahagikan kepada dua mukim, mukim Klang dan mukim Kapar di mana kedua-dua mukim itu pula dibahagikan kepada Timur dan Barat. Ada juga Pulau Indah, yang terletak di mukim Klang, manakala Pulau Ketam di mukim Kapar. 


Image
Foto: Twitter @mohdshahnazli


Apa beza Klang dengan Lembah Klang?


Daerah Klang, Bandar Klang dengan Lembah Klang adalah berbeza. Bandar Klang merupakan bandar utama di daerah Klang, Lembah Klang pula adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada Kuala Lumpur (KL), Putrajaya serta bandar dan bandaraya di Selangor.


Ia terdiri daripada KL, Putrajaya, Daerah Petaling, Daerah Klang, Daerah Gombak, dan Daerah Hulu Langat.


Warga Klang kini menantikan pengumuman sebesar mana kawasan yang dikenakan PKPB, selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang akan dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari, hari Khamis.


Buat masa sekarang, sila melakukan persediaan kepada mereka yang duduk di kawasan-kawasan berdekatan, dan jangan pula cuba melarikan diri ke luar kawasan. 


Kalau tidak, cubaan Malaysia untuk mengawal penularan COVID-19 di daerah lain akan menjadi sia-sia.



BACA: PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu