Duit cash atau tunai dalam syarikat Apple dilaporkan berkurangan 7 peratus tahun ini berbanding tahun lepas, apabila laporan fiskal suku keempat tahun ini dikeluarkan.
Pada laporan suku yang sama tahun lepas, wang tunai yang dimiliki Apple adalah AS$205.9 bilion. Ya bilion dolar Amerika, lebih kurang RM856 bilion, cash ya bukan dalam bentuk aset yang dimiliki lagi.
Tapi tahun ini, jatuh 7 peratus kepada AS$191.83 bilion ataupun RM794 bilion (hutang negara lagi banyak daripada duit tunai yang ada pada syarikat Apple).
Kalau iPhone 12 dan 12 Pro/Max, iPad Air meletup di pasaran, mungkin mereka kembali menambah keuntungan, ditambah dengan fokus kepada kandungan di Apple TV (nak lawan Netflix) dan Fitness +.
Pengenalan lebih banyak kandungan dan gadget yang akan membantu orang ramai untuk bergantung kepada ekosistem produk Apple menjadi cabaran utama untuk syarikat itu disebabkan persaingan produk teknologi dari negara lain.
Apple bagaimanapun masih kekal syarikat di Amerika yang banyak menyimpan wang tunai apabila Microsoft mengumpul AS$137.98 pada suku keempat tahun ini sementara Google ada AS$121.08 bilion dan Amazon AS$71.77 bilion, pada suku kedua tahun ini.