BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 6 Oktober 2020

Joe Biden diperlekeh Trump sebab...tak kena COVID-19


Susah nak hadam kenyataan bahawa ada juga orang masih menyokong Donald Trump. Bukan sahaja ada, malah ramai pula.

Awal pagi Jumaat minggu lepas, Presiden Amerika Syarikat itu mendedahkan bahawa dirinya dan isteri, Melania didapati positif COVID-19 dan diterbangkan ke Walter Reed National Military Medical Center selepas menunjukkan simptom batuk dan demam.

Ketika ramai yang membencinya seperti gembira dan puas hati dengan berita musibah itu, kem Trump melihatnya sebagai satu kelebihan.

Pemimpin Republikan itu lebih baik daripada lawannya dari parti Demokrat, Joe Biden kerana mempunyai pengalaman first-hand dijangkiti COVID-19.

Demikian yang dinyatakan ketua perhubungan kempennya, Erin Perrine dalam satu sesi langsung dalam siaran berita Fox News pada Isnin. 

"Pengalaman sendiri akan sentiasa mengubah bagaimana seseorang mengaitkan dirinya dengan sesuatu yang sedang berlaku.

"Kini dia (Trump) ada pengalaman bertarung dengan COVID-19 sebagai seorang individu. Pengalaman first-hand itu - Joe Biden, dia tak ada benda itu," katanya.

Kemudian katanya Trump dalam nada yang sama sekali berbeza berbanding Biden dalam mengendalikan virus tersebut kerana pengalamannya sebagai presiden serta ahli perniagaan. Malah yakin jangkitan itu hanya akan memperkuat laungan mesejnya.


Trump dan Biden kini sedang giat berkempen sebelum penentuan siapakah Presiden AS bagi penggal seterusnya ditentukan oleh rakyat negara Uncle Sam itu pada 3 November nanti. Kurang 30 hari lagi sebelum tarikh itu, Biden mendahului tipis kedudukan terkini sokongan pada 51% sejak kempen bermula pada Januari tempoh hari. 

Namun kempen Trump tergendala selepas dia didapati menjadi seorang lagi mangsa jangkitan virus pandemik itu dan dimasukkan ke hospital. 

Kumpulan penyokong berkumpul di perkarangan luar hospital bersama media yang mengejar perkembangan terkini Trump di dalam hospital. Namun wakil pihak hospital menolak untuk memberikan respon kepada para wartawan.

Pada Ahad, dia dilihat meninggalkan hospital dalam kenderaan rasmi bersama pengiring dan melambai ke arah penyokongnya hanya dua hari selepas diwadkan. Ia mengundang kecaman teruk, marah dengan tindakannya itu yang merisikokan nyawa pegawai pengiringnya.

Sama ada benar dia dijangkiti atau cerita itu sengaja dibuat sebagai senjata politiknya, wallahu alam bi sawab. Yang penting, jadikan ini sebagai peringatan supaya kebingaian ini tak berlaku di negara kita.

*Sumber: Insider



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu