BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 23 Oktober 2020

Boleh tak mata juling dirawat?


Kita pernah dengar orang berkata wanita juling air dianggap cantik, manis.


Saya tidak menidakkan perkara itu kerana saya percaya setiap individu mempunyai cita rasa dan perspektif terhadap kecantikan masing-masing.


Malah seorang ahli falsafah Perancis, René Descartes pernah menceritakan kecenderungan beliau untuk jatuh cinta dengan wanita juling.


Motif artikel ini bukan untuk kecam sesiapa yang dilahirkan dengan kondisi itu atau sesiapa yang gemarkan individu mata juling, tetapi menjelaskan supaya anda memahami kondisi mata juling dan bagaimana anda boleh merawatnya.


Apa jenis-jenis mata juling?


Terdapat dua jenis mata juling, yang pertama dalam sainsnya dipanggil strabismus, iaitu melibatkan mata juling ke dalam, juling ke luar atau kedua-dua belah mata tidak terarah ke sebelah yang sama.


Kedua ialah amblyopia atau mata malas, iaitu kondisi di mana penglihatan bagi satu atau dua-dua belah mata tidak terbentuk dengan sempurna lebih kepada isu saraf.


Macam mana nak merawat mata juling?


Mata juling strabismus boleh terjadi semasa lahir, kanak-kanak atau juga dewasa. Ia boleh adalah disebabkan faktor genetik atau terjadinya kerosakan saraf yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam pergerakan otot yang mengawal pergerakan mata.


Kondisi ini boleh dirawat jika berjumpa dengan pakar mata, di mana cermin mata khas akan diberikan untuk membetulkan kondisi juling. Ada juga rawatan melalui terapi penglihatan dan juga pembedahan. Mata juling terbukti boleh diperbaiki jika dirawat di peringkat awal.


Mata malas atau amblyopia pula biasanya disebabkan strabimus yang tidak dirawat. Kondisi ini sering diabaikan kerana sukar didiagnos disebabkan simptom tidak ketara pada mata pesakit. 


Sebaliknya kondisi ini harus didiagnos melalui simptom termasuk masalah penglihatan sebelah mata, selalu kelip mata, kepala sering tercondong atau tegang di mata.


Berita baik ialah kondisi ini turut boleh dirawat, walaupun rawatan awal adalah lebih berkesan. Antara jenis rawatan termasuk mendapat lensa khas, lensa prisma, terapi penglihatan atau dengan teknologi terkini, Vivid Vision.


Jika suspek anda atau anak kecil mempunyai mana-mana kondisi mata juling, jangan biarkan sehingga ia tidak mampu dirawat. Jumpa pakar secepat mungkin kerana mata anda boleh diselamatkan.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu