BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 21 Oktober 2020

Kenapa NASA touch and go untuk ambil sampel dari asteroid Bennu?

 


Adakah NASA berusaha untuk menyelamatkan kita daripada 'Armageddon'?


Lebih sedekad lalu, NASA merancang untuk mengambil sampel dari sebuah asteroid yang dipanggil Bennu.


Selepas itu, sebuah kapal angkasa lepas, OSIRIS-REx dilancarkan dan mengambil masa empat tahun untuk sampai ke Bennu yang berada 321 juta kilometer dari bumi.


Dah jumpa Bennu, ia hanya mengambil masa hanya 16 saat untuk hanya mengutip sampel dari asteroid itu.


Sampel yang diambil itu pula akan kembali ke bumi pada tahun 2023.


Betul lama misi dan perancangan NASA ini untuk membuat pendaratan hanya 16 saat di Bennu.


Tapi kenapa NASA sanggup menghabiskan wang dan masa begitu lama untuk mengambil sampel dari asteroid itu?





Bennu dipercayai boleh memberikan petunjuk tentang asal usul pembentukan planet kerana ia terbentuk lebih 10 juta tahun lalu, sejak kewujudan sistem solar kita 4.5 bilion tahun yang lalu.


Kata NASA, sampel yang diambil itu seakan bahan asal untuk membikin sebuah planet.


Kapal angkasa lepas itu tidak mendarat di Bennu tersebut, sebaliknya hanya menghampiri asteroid itu dari jarak 805 meter dan mendapatkan sampel dengan menggunakan sebuah tangan robotik yang ada pada kapal angkasa itu.


Kalau jumlah sampel tidak mencukupi, OSIRIS-REx akan membuat cubaan kedua yang hanya boleh dilakukan pada Januari 2021.


NASA bukan yang pertama berjaya ambil sampel dari asteroid kerana Agensi Angkasa Lepas Jepun (JAXA) sudah berjaya melakukannya dengan kapal angkasa Hayabusa2, pada Julai tahun lepas.


Jarak sampel diambil sama dengan yang dilakukan NASA tapi sampel ini dijangka kembali ke bumi pada Disember 2020.


Bukan senang nak main kejar-kejar dengan asteroid ni. Harap NASA dan JAXA dapat mempelajari sesuatu yang berguna untuk manusia sejagat dengan sampel yang diambil dari Bennu.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu