BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 21 Oktober 2020

Jangan la bagi rusa makan plastik


Taman Nara, Jepun sangat popular di kalangan para pelancong, lebih-lebih lagi pencinta haiwan kerana berkeliaran dengan rusa.


Lebih 1,200 ekor rusa yang menghuni di Taman Nara memang tidak takut dengan orang dan suka datang dekat, terutamanya jika anda membawa makanan.


Foto: Instagram @pictu_resjapan


Anda dibenarkan memberi makan kepada rusa di taman itu, namun hanya terhad kepada makanan khas yang dijual di taman tersebut.


BACA: Zoo Negara tetap best masa PKPP

BACA: Jangan sokong pertunjukkan haiwan!


Makanan yang disediakan adalah biskut tanpa gula yang diperbuat daripada dedak padi.


Malangnya, ramai pengunjung pilih untuk membawa makanan mereka sendiri yang dibungkus dengan plastik.


Lebih memburukkan keadaan, sampul dan beg plastik makanan tersebut sering dibiarkan di merata tempat.


Foto: Instagram @naradeerpark


Oleh kerana ada bau makanan pada plastik itu, ia akan menarik perhatian rusa yang akhirnya termakan bungkusan itu. 


Pada tahun 2019, beberapa ekor rusa ditemui mati secara tiba-tiba. Bedah siasat ke atas bangkai rusa, menemui plastik seberat 4 kilogram di dalam perutnya.


BACA: Kenapa gajah selalu ditemui di jalan raya?

BACA: Jangan beli pakaian diperbuat dari alpaka?


Foto: Twitter @nara_aigokai


Setelah mendengar isu rusa memakan plastik yang susah untuk dihadam sehingga mati, seorang penduduk Nara, Takashi Nakamura yang memiliki syarikat kertas bercadang untuk membuat sesuatu.


Takashi bersama dua lagi penduduk, seorang peniaga kosmetik dan seorang pereka menghasilkan beg mesra rusa.


Beg mesra rusa itu diperbuat daripada kotak susu yang dikitar semula bersertakan dedak padi yang sama dalam kandungan makanan rusa.


Foto: Kyodo


Menurut Nakamura, sebanyak 3,500 beg telah pun dijual kepada enam peniaga di Nara, termasuk biro pelancongan Nara, lapor BBC.


Beg itu yang dibuktikan selamat dimakan oleh makmal kajian makanan di Jepun, turut dijual dengan harga yang berpatutan, malah lebih murah daripada harga satu beg plastik. 


Ini tidak akan menyelesaikan masalah pelancong yang suka buang sampah di merata tempat, tetapi sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan rusa di Nara.


Sumber foto: Instagram @nici.pham


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu