BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Oktober 2020

Maksud disebalik sambutan Halloween


Halloween merupakan sambutan yang popular di negara-negara Barat dan disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Ia disambut oleh golongan anak kecil dan orang muda dengan bersolek dan memakai kostum yang menakutkan seperti pontianak, ahli sihir dan tengkorak. 

Mereka kemudian keluar beramai-ramai untuk berkunjung ke rumah jiran untuk mengumpul gula-gula.

Walaupun tradisi sambutan Halloween hari ini disambut dengan meriah oleh kebanyakan penganut agama Kristian sempena malam All Saints' Day, tetapi tahukah anda Halloween sebenarnya mempunyai sejarah silam yang gelap.

Foto: David Menidrey


Apa asal usul Halloween?

Halloween mula disambut sekitar 2,000 tahun dahulu oleh orang Celt bagi meraikan Samhain, iaitu sambutan yang menandakan pengakhiran musim menuai dan permulaan tahun baharu.

Celt percaya, roh-roh yang telah mati kembali ke dunia untuk berhubung dengan manusia pada malam 31 Oktober.

Menurut History, orang Celt percaya kehadiran roh pada malam Samhain mampu memudahkan komunikasi di antara roh dengan paderi Celtic untuk membantunya meramal masa depan.

Foto: Lenny Acompanado 

Oleh itu, pada malam yang sejuk dan gelap itu, mereka akan membuat unggun api sempena menghormati roh selain membakar hasil tanaman dan haiwan ternakan sebagai upacara pengorbanan dan pemujaan.

Orang kampung yang menghadiri upacara tersebut akan hadir dengan memakai kostum dibuat daripada kepala dan kulit haiwan yang telah disembelih.

Walaupun sambutan Halloween sudah dimodenkan dan tidak disambut bagi tujuan yang sama seperti ribuan tahun dahulu, ia masih mempunyai konsep yang sama, mengadakan sambutan beramai-ramai dengan unsur-unsur ngeri.

Jangan percaya unsur-unsur tahyul, halloween ni tak ada hantu dan ia diadakan sekadar seronok-seronok saja sekarang.


Sumber foto:  Laercio Cavalcanti


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu