BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Oktober 2020

Reaksi netizen terhadap PKPB Lembah Klang


PKPB? 3 perkara utama dalam bayangan warga Lembah Klang.

1. Jalan raya kembali tak jem (jalan tak sesak, bagi yang tak tahu lah)

2. Beratur panjang di pasar raya

3. Live stream di media sosial secara berterusan tentang cara membuat dalgona coffee

4. Rutin senaman harian di dalam rumah (kalau takut nak keluar pergi senaman la).


Ya, rakyat Malaysia yang duduk di sekitar Lembah Klang akan kembali kepada kehidupan seakan itu bermula hari ini, 14 Oktober, selama 14 hari hingga 27 Oktober 2020, bagi pelaksanaan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi…


Secara realitinya, hanya segelintir daripada rakyat iaitu golongan T20 mampu duduk di rumah, bahagia dengan empat aktiviti di atas dan masih menjana pendapatan.


Manakala peratusan besar rakyat iaitu golongan B40 dan M40 akan terkesan akibat perintah ini.


Tapi PKPB ni penting, ia satu tindakan proaktif untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada terpaksa melalui PKP sekali lagi. 


Kalau tak buat PKPB, ada pula yang menyalahkan kerajaan tak ambil tindakan awal apabila jumlah kes menunjukkan trend menaik.


Apa reaksi netizen?


Tak dinafikan, ramai yang tak puas hati dan warganet di Lembah Klang meluahkan perasaan mereka. 


Pada masa sama ramai juga yang risau dan sedih, ada juga dalam nada sarkastik.


“Kini masa susah bagi mereka yang tinggal di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi jika anda ada cable besar atau keluarga yang kenal dengan Menteri, jangan risau, langgar je (perintah). 2020 adalah tahun double standard," kata Atteleth Don (@atteleth_don) di Twitter.



Ini pula jawapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada dakwaan segelintir netizen tentang layanan double standard bagi Menteri dalam mengekang penularan COVID-19.



Ramai lagi yang rasa tidak senang, terpaksa tangguhkan majlis perkahwinan mereka yang telah dirancang sejak akhir tahun lepas.


Bagi Rizky (@rzkybsnd), dia menganggap majlisnya pada hujung minggu ini yang terpaksa ditangguhkan adalah disebabkan tindakan ahli politik yang tidak bertanggungjawab.



Mungkin ramai yang tak sedar bahawa ini merupakan gelombang ketiga, di mana kes sedang meningkat di banyak negara lain, di sebalik pelaksaan SOP, ada yang ikut, ada yang tak ikut, tengok saja di sekeliling kita dan nilai diri kita terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. 


Jadi kita tak boleh menyalahkan satu pihak saja, seperti ahli politik ataupun pegawai di penjara.



Kini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa, malah dalam masa kritikal ini kita harus terus melakukan tanggungungjawab sebagai rakyat agar dapat menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga supaya dapat menghindari virus COVID-19.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu