BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 17 Oktober 2020

POV: Influencer! Siapa yang angkat mereka?


Perkataan influencer bukanlah satu yang baharu dalam kamus hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam golongan muda.

Jika menjengah ke sosial media, nama-nama seperti Khairul Amin, Sugu Pavithra, Aisyah Cupcake dan juga pelakon, Neelofa sentiasa menjadi sebutan ramai.

Namun pernah tak terfikir bagaimana mereka ini diangkat menjadi influencer atau pempengaruh ini?

Menurut Dewi Remaja 2020, Shaza Bae, netizen menjadi faktor utama untuk mengangkat seseorang itu sebagai influencer namun media juga memainkan peranan.

"Media sebenarnya memainkan peranan penting juga, sebab media pada masa kini banyak mengambil kisah-kisah mereka sehingga mereka ini dikenali," katanya.

Finalis Ratu Hijabista, Fiffy Afrina juga merasakan bahawa netizen adalah faktor utama sehingga ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi influencer sehingga mereka tidak tahu apa sebenarnya maksud disebalik gelaran tersebut.

Pada masa sama, Penata Gaya, Azrul Samzard beranggapan jumlah pengikut tidak begitu penting untuk menjadi seorang influencer.

"Itu hanyalah nombor semata-mata, untuk menjadi seorang influencer yang bagus mereka perlu mempunyai content dan personaliti yang baik untuk dijadikan inspirasi kepada anak muda masa kini," katanya.

Personaliti TV, Syairul Islam juga menyatakan influencer perlu gunakan medium yang mereka ada sebaik-baiknya terutamanya disaat Malaysia dan dunia menghadapi pandemik COVID-19.

Influencer seharusnya menasihatkan pengikut mereka untuk mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam memerangi COVID-19.

Malah bagi Syairul, influencer juga boleh menggunakan medium yang mereka ada untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu