BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 Oktober 2020

RBIK: Jadi peniaga pun kena rajin baca buku


Ketika yang di atas bertegang urat merebut takhta, marhaen bergelut untuk terus dapat menyuapkan nasi ke mulut anak isteri. Terutamanya para peniaga, pandemik memang benar-benar menguji mereka.

Menjadi peniaga bukan jalan mudah jadi kaya sebenarnya. Mereka bergantung kepada khalayak, dan menggalas tanggungjawab di bawah prinsip memudahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan masyarakat. Ada yang memandang enteng falsafah teras ini dan memberatkan gandaan pendapatan sahaja, namun tidak kurang jua yang berupaya mengimbanginya.

Afiq Roslan sangat menitik beratkan tentang kualiti paunya. Jenama Pau Pak Ngah yang kini sudah terkembang ke 12 cawangan adalah cerminan kepercayaan pelanggan terhadap mutu penghasilan, rasa, persembahan serta servis perusahaan ini. Tak tipu, intinya penuh dari gigitan pertama hingga terakhir, menepati slogannya.

Bercerita tentang Afiq, dia sebenarnya seorang kawan yang saya kenali di bangku sekolah rendah. Sudah menjadi tauke pau tersohor hari ini, dia masih begitu. Ringkas, rendah diri dan ramah, tak nampak macam boss.

Afiq sering menewaskan saya dalam pertandingan mewarna dahulu, jadi dia memang sangat teliti. Dia mahu setiap hasilnya cantik dan enak dinikmati. Tapi dia juga sedar bahawa kualiti datang dengan harga yang agak tinggi.

Dalam waktu menduga tahun epik 2020 ini, dia juga perlu memikirkan untuk bukan sahaja terus hidup, tetapi juga memastikan kelangsungan masa depan pekerja-pekerjanya, dan paling penting kebajikan ibu bapanya yang memulakan legasi perniagaan ini.

Adakah Afiq terpaksa menggadaikan nilainya untuk menampung kerugian yang ditanggung? Sama-sama kita saksikan rakaman lawatan saya ke gerai Pau Pak Ngah di Bukit Indah, Ampang, tempat di mana segalanya bermula 16 tahun lalu.

*Macam promo drama swasta kan? 

Oh mungkin ada yang tertanya "tajuk kata pasal baca buku, tapi dalam artikel tak ada sebut pun pasal buku?"

Kena lah tengok videonya.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu