BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 13 November 2020

Akibat satu majlis kahwin, 177 dijangkiti COVID-19, 7 mati


Siapa sangka, sebuah majlis perkahwinan yang sederhana di Maine, Amerika Syarikat dihadiri 55 orang ahli keluarga dan kawan rapat sahaja, menyebabkan tujuh kematian akibat COVID-19.


Lebih menyedihkan, tiada seorang pun yang terkorban merupakan tetamu majlis tersebut.


Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu, SOP yang tidak seragam dalam mencegah jangkitan COVID-19 di negeri masing-masing menjadi punca virus itu merebak dengan cepat.


BACA: 6 TEMPAT BERISIKO TINGGI DIJANGKITI COVID-19

BACA: APLIKASI TELEFON YANG BOLEH KESAN PESAKIT COVID-19


30 tetamu majlis perkahwinan itu dijangkiti COVID-19, kemudian menyebarkan virus itu kepada komuniti setempat, pusat jagaan warga emas dan pusat tahanan.


Pusat jagaan warga emas itu terletak 160 kilometer lokasi majlis manakala pusat tahanan itu berada 320 kilometer dari majlis tersebut.


27 orang dijangkiti COVID-19 di komuniti setempat di Maine ada kaitan dengan majlis perkahwinan itu, di mana seorang daripadanya meninggal dunia.


BACA: GUNA OTAK, PAKAI PELITUP MUKA - ZLATAN


Sementara 38 kes dilaporkan dengan enam kematian di pusat jagaan warga emas itu, kesemuanya tidak hadir majlis tersebut.


Sementara di pusat tahanan atau pemulihan yang terletak 321 kilometer dari lokasi majlis, 82 kes dilaporkan.


Semua ini berlaku dalam tempoh 38 hari sahaja.


Sebab itulah kita perlu memahami kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melarang aktiviti rentas negeri tanpa sebab, menghalang majlis diadakan dan tidak benarkan perkumpulan ahli keluarga selagi pandemik ini tidak dapat ditamatkan.


Nampak macam tak bahaya hadir majlis kahwin adik-beradik, bersentuh, berpeluk, bersalaman.


Tetapi realitinya, akibat tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, tujuh orang yang tidak terlibat dalam majlis itu meninggal dunia.


Kita harus sentiasa berwaspada, kita tak tahu siapa yang menjadi pembawa virus COVID-19 kerana ada di kalangan mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.


Terus amalkan SOP, selamatkan diri anda dan orang di sekeliling anda.


#StayHome #StaySafe #KitaJagaKita


BACA: APA ITU SUPER SPREADER COVID-19?



Sumber: Los Angeles Times / CDC.gov

Cover Photo: Maine, AS oleh Stephen Walker



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu