BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 14 November 2020

10 Fakta Mengenai Ferrari


Kereta Ferrari pertama dengan pacuan automatik adalah dari jenis 400i dan yang terakhir menggunakan transmisi manual generasi pertama California V8 convertible (gambar). - AFP RELAX



The F40 (gambar), yang dibina sempena ulang tahun ke-40 syarikat Ferrari pada 1987 adalah kenderaan paling laju yang diluluskan untuk kegunaan di atas jalanraya. Kelajuannya mampu mencecah sehingga 321 kilometer sejam. - AFPRELAX



LaFerrari (gambar) adalah kereta hibrid pertama syarikat Ferrari. Berkonsepkan 'hypercar' dan menggunakan motor elektrik serta gandingan enjin 6.3-liter V12, ia menghasilkan kekuatan enjin sehingga 950bhp. - AFPRELAX



Kegagalan kerjasama Ferrari dan Enzo, menyaksikan syarikat Ford mengambil kesempatan menghasilkan kenderaan terbaiknya termasuk Shelby Cobra, Daytona Coup dan Ford GT 40 (gambar). 


Jika tidak, Ferrari mungkin menjadi sebahagian dari kisah kejayaan kereta-kereta ini. - AFPRELAX



Pada 1968, Ferrari memperkenalkan model 'Dino' dalam bentuk enam silider berbanding 12. 


Ia mendapat sambutan hebat dan muncul sebagai salah sebuah model sensasi buat syarikat itu. - AFPRELAX



Pada luarannya kelihatan seperti model Fiat, namun di bawahnya adalah Ferrari. 


Menggunakan enjin Dino V6, Ferrari memberikan kebenaran buat Fiat untuk menggunakannya bagi model coupe keluarannya dengan nama Fiat Dino Coupe Convertible. - AFPRELAX



Hanya terdapat 32 buah Ferrari 250 GTO,namun yang paling menjadi tumpuan adalah model bermuncung jerung, Bertone Ferrari 250 SWB Speciale, direka oleh Giorgetto Giugiaro pereka tersohor yang kemudiannya menghasilkan Maserati Ghibli dan Lotus Esprit serta VW Golf. - AFPRELAX



Ini model paling serasi dengan teknologi telefon pintar Apple. Selain paling pantas dan eksklusif, Ferrari juga menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan CarPlay, teknologi bebas tangan oleh syarikat Apple. Ia membuat penampilan sulung pada model Ferrari FF model empat tempat duduk dan pacuan empat roda GT. - AFPRELAX



Sehingga hari ini, model Ferrari yang paling mahal dilelong adalah dari jenis 250GTO keluaran 1962 (gambar) - selain memegang gelaran kereta paling mahal dengan harga lelongan $38.1 juta. - AFPRELAX



Sejak 2013, 100 peratus kereta keluaran Ferrari dibina dengan ciri-ciri tersendiri, pemilihan unik pelanggan dan warna pilihan individu. Trend itu juga dijangka berterusan dengan keluaran terbaru F12tdf (gambar). - AFPRELAX




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu