Perkataan "babi" sering digunakan sebagai perkataan untuk menghina orang lain.
Walaupun babi hidup dalam persekitaran yang kotor dan saintis membuktikan dagingnya tidak sesuai untuk dimakan, ia juga haiwan ciptaan Tuhan yang ada tugasnya untuk hidup di bumi ini dalam ekosistem yang dibina yang maha Esa.
BACA: MISTERI BURUNG DODO
Manusia harus menghormati dan berbaik dengan semua makhluk Tuhan dan tidak menghina sejenis spesis hanya kerana ada yang menganggap ia dilahirkan sebagai spesis tidak suci.
Tapi kenapa daging babi tak sesuai untuk dimakan, dan agama Islam melarang dagingnya di makan.
1. Kita tengok sifat daging babi.
Foto: Pelle Asplund |
Babi dianggap haiwan yang kotor kerana fungsinya di dalam ekosistem adalah sebagai haiwan pemulung dan mampu memakan apa sahaja, termasuk najisnya sendiri.
Babi hutan ataupun babi yang bukan haiwan ternakan adalah lebih kotor kerana ia terbiar untuk mencari makanan di kawasan luas dan selalunya babi akan memilih makanan yang kotor, lumpur dan najis.
Walaupun babi ternakan diberi makanan seperti jagung dan kacang soya yang cukup, namun apabila haiwan itu diletakkan di dalam kandang, adalah tidak mustahil untuk haiwan itu memakan najis babi lain di dalam kandang atau benda lain yang tak bersih dalam kandang terbabit.
2. Aspek kesihatan
Foto: Mockup Graphics |
Terdapat kajian yang mengaitkan pemakanan daging babi dengan beberapa jenis penyakit, khususnya helminthes (cacing) seperti cacing bulat, cacing peniti dan lain-lain.
Yang paling bahaya, Taenia Solium atau cacing pita, di mana ia boleh membesar dan memancang di dalam usus manusia.
Ovum atau telurnya mampu memasuki dalam saluran darah dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik atau kematian.
Jika ia masuk ke dalam otak, ia boleh menyebabkan hilang ingatan, jika di dalam jantung, ia menyebabkan serangan jantung, dan jika masuk ke dalam mata, boleh menyebabkan buta.

Babi dalam makanan?
Walaupun tak sesuai untuk dimakana, daging babi bukannya murah di pasaran.
Tak mungkin dengan mudah orang nak gantikan daging babi dengan daging yang lain.
Daging babi juga tak sama sifatnya dengan daging ayam atau lembu.
Jadi janganlah pandai-pandai nak kata anda dihidang daging babi, kerana yang tak pernah makan mesti tak tahu bagaimana rupa dan rasanya.