BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 11 November 2020

Apple M1 terpantas di dunia dan cekap tenaga


Apple melancarkan Macbook Pro, Macbook Air dan Mac mini yang menggunakan cip terbaharu buatan syarikat itu, Apple M1.


Cip terbaharu Apple Silicon itu cekap tenaga namun mengekalkan prestasi tertinggi.


M1 adalah cip yang kecil tapi padat dengan prestasi untuk menjimatkan tenaga dan merupakan kombinasi beberapa cip yang terdapat dalam Macbook generasi sebelum ini.


Cip pemproses komputer (CPU), I/O, Apple T2 (keselamatan) dan memori disatukan dalam M1 dengan pembinaan 16 bilion transistor berskala atom 5 nanometer.



Semua data diproses dalam M1, tanpa sebarang duplikasi, sekali gus menjiimatkan tenaga dan memproses data dengan lebih pantas.


M1 terdiri daripada 8 teras yang dibahagikan kepada dua, iaitu teras berprestasi tinggi dan teras kecekapan tinggi - di mana Apple mendakwa sebuah cip komputer yang terpantas di dunia.



Dengan cip yang cekap tenaga, bateri Macbook Pro terbaharu ini boleh tahan sehingga 20 jam, sekali cas.


Penggunaan cip buatan sendiri membolehkan syarikat itu mengawal semua pelancaran komputer Apple.


Sebelum ini Apple terikat dengan Intel dan jadual syarikat itu mengeluarkan cip terbaharu.



Apple M1 turut boleh digunakan untuk operasi aplikasi iPhone dan iPad.


Harga Macbook Air 13 inci bermula dengan RM4,399 dan Macbook Pro 13 inci RM5,599.


Terdapat juga model 16 inci bagi Pro bermula dengan harga RM6,399.


Mac Mini dijual bermula dengan harga RM2,999.




Sumber: Apple.com


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu