BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 11 November 2020

Ini cara duduk yang betul


Ramai di antara kita yang meluangkan banyak masa dengan duduk.


Satu kajian pada 2016 mendapati orang dewasa sekitar 12 hingga 19 tahun duduk selama 8.2 jam sehari, manakala dewasa melebihi 20 tahun duduk selama 6.4 jam sehari.


Lagi satu kajian menjangkakan tempoh manusia duduk sepanjang hayat adalah 18 tahun. Itu bersamaan dengan 51 jam 44 minit dalam masa seminggu.


Oleh kerana kita meluangkan banyak sangat masa sambil duduk di atas kerusi untuk bekerja, ramai akan mengalami sakit belakang, sakit bahu dan pelbagai lagi “sakit” disebabkan oleh postur duduk yang salah.


BACA: DUDUK SEBENARNYA TAK ELOK UNTUK BADAN

BACA: TIPS ELAK SAKIT TENGKOK SEBAB HADAP SKRIN TERLALU LAMA


Berikut tiga cara duduk yang betul untuk elak isu sakit belakang.


1. Betulkan postur ketika duduk di kerusi kerja 


Tinggi kerusi kerja harus membolehkan kedua-dua tapak kaki rata di lantai, dan lutut sama tinggi (atau rendah sikit) dengan tinggi pinggang.


Duduk dengan tegak, belakang kerusi cenderung 100-110 sudut darjah, keyboard di hadapan, skrin monitor paras mata (atau rendah sikit), jarak monitor 20 inci (arm length) dan tenangkan bahu.


How to properly sit at your desk
Foto: work-fit.com



2. Buat senaman postur


Kalau boleh, usahakan untuk jalan setiap 30 minit selepas duduk, lagi-lagi jika anda harus duduk untuk tempoh yang panjang. Berjalan selama 60 minit adalah terbaik untuk kurangkan risiko sakit belakang.


Lakukan gaya yoga simple-simple atau meregangkan badan bagi menggalakkan postur yang betul ketika duduk, atau gunakan alat penggulung di belakang untuk melegakan belakang yang tegang.


3. Melabur untuk kerusi yang tepat


Kerusi tepat adalah kerusi yang mempunyai sandaran menyokong bahagian atas dan bawah belakang anda.


Padding lembut dan selesa di tempat duduk dan tempat sandar juga baik untuk sokongan tambahan.


BACA: PUNGGUNG BESAR KALAU BANYAK JALAN?


Sumber foto: Daria Nepriakhina/UNSPLASH



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu