BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 11 November 2020

Esok dah boleh beli Playstation 5

 

Sony mengumumkan Sony Playstation 5 akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 dan dijual pada harga runcit RM1,869 bagi edisi digital dan RM2,299 bagi edisi cakera.

Pesanan awal bagi PS5 boleh dibuat mulai esok (12 November) namun waktu pembukaan bagi pesanan awal bergantung kepada waktu operasi kedai Sony masing-masing.

Game eksklusif untuk PS5 seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty: Black Ops Cold War, dan Demon’s Souls juga boleh dibeli dengan harga bermula RM209 hingga RM299.

Alat kawalan seperti DualSense Wireles Controller juga boleh diperolehi dengan harga RM349, selain aksesori lain seperti PULSE 3D wireless headset berharga RM469, HD Camera RM279, Media Remote untuk navigasi filem dan perkhidmatan strim RM149 dan stesen cas remote DualSense RM149. 

Sebelum ini, Sony mengumumkan beberapa perkara penting mengenai PS5:

  • Gran Turismo 7 akan dilancar untuk PS5
  • Controller generasi baharu, PS5 Dualsense nampak menarik dan mempunyai ciri-ciri yang canggih
  • Sackboy: A Big Adventure akan kembali!
  • Oddworld: Soulstorm, Hitman juga akan kembali untuk PS5
  • Akan ada remake untuk Demon’s Soul bagi PS5.
  • Village Resident Evil amat menakutkan dan akan dikeluarkan pada 2021 untuk PS5.
  • Eksklusif untuk PS5 - Forbidden West
  • Ada dua edisi, PS5 dan PS5 Digital Edition.

Ciri-ciri penting yang lain, PS5 sangat pantas, pemproses grafik, komputer yang custom selain menggunakan hard disk SSD ultra speed dan audio dalam bentuk 3D.

Gaming dengan resolusi 8K, itu output maksimum untuk PS5.

Selain itu, lebih daripada 4,000 game untuk Playstation 4 boleh dimainkan pada konsol PS5.

Dah ready untuk Playstation 5?


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu