BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 30 November 2020

Bagaimana Romain Grosjean terselamat selepas kemalangan mengerikan di F1 Bahrain?


Bagi peminat Formula One, mereka sudah pasti mengetahui mengenai kemalangan ngeri yang dialami pelumba pasukan Hass-Ferrari, Romain Grosjean.


Digambarkan sebagai fireball Hass crash, tiada siapa sangka Romain boleh terselamat tanpa sebarang kecederaan serius. (melecur sikit pada tangan dan kaki OK lah tu)


Tengok video saja kemalangan yang berlaku pada pusingan pertama itu: 




Selepas berlanggar dengan tembok litar, kereta Romain terputus dua, tetapi Romain berjaya keluar dari cockpitnya dengan selamat.


BACA: ALICA KALAHKAN MATS HUMMELS DALAM PERLUMBAAN 400 METER


Pengenalan kepada alat keselamatan yang baharu pada sukan yang amat bahaya ini telah berjaya menyelamatkan Romain daripada tidak sedarkan diri dalam jenteranya yang sudah terbakar.


Terima Kasih kepada Halo head protection yang melindungi pelumba daripada objek bahaya terkena kepala mereka.


Ia diperkenalkan F1 pada 2018 dan Romain turut berterima kasih kepada penganjur kerana mewajibkan pemasangan Halo pada semua jentera perlumbaan dalam tweet rasmi pasukannya.



Bukan sahaja Romain, tetapi jaguh dunia tujuh, Lewis Hamilton turut berterima kasih kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kerana memperkenalkan alat keselamatan Halo dan langkah-langkah keselamatan bagi F1.



Apa itu Halo head protection device? Tengok saja video yang disediakan Formula One ini. 



Ya, ini membuktikan kita boleh berlumba dengan selamat dengan langkah-langkah bijak yang diambil.


Tetapi ingat bukan di jalan raya kerana tidak ada satu pun alat keselamatan dipasang pada kereta kita atau pengguna jalan raya yang lain.


Senang cerita, berlumba di jalan raya adalah tidak selamat bukan sahaja kepada kita tapi juga pengguna lain termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal.


Nak lumba, belajar rajin-rajin, dapat pergi ke trek dan belajarlah jadi pelumba.





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu