BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 30 November 2020

#WakandaForever Long Live The King



Pengaruh Black Panther yang dibawakan Chadwick Boseman dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) adalah sangat kuat dan ikonik kerana ia memperkasakan golongan yang selama ini ditindas.

Maka tindak hairanlah ia meninggalkan kesan terhadap semua orang, tidak seperti watak-watak lain dalam MCU.

Pada 29 November, Walt Disney meraikan ulang tahun kelahiran mendiang Chadwick dengan montaj khas Black Panther.


Pada Ahad, Pengerusi Eksekutif Syarikat Walt Disney, Bob Iger mengajak semua peminat filem adi wira itu untuk menontonnya di Disney Plus sebagai tanda penghormatan kepada Chadwick yang memegang watak utama sebagai King T'Challa atau Black Panther dalam filem itu.



Bukan sahaja mempamerkan visual menarik dalam montaj tersebut, malah Marvel turut mengubah logo Marvel kepada warna ungu.

Video yang berdurasi 30 saat itu juga telah dimuat naik di akaun sosial Marvel Studio.

Boseman, bintang utama filem itu meninggal dunia akibat kanser usus pada 28 Ogos yang lalu.

Dalam pada itu, Marvel dilapor sedang mempersiapkan Black Panther 2 yang kini dalam pembikinan.

Selain Boseman, filem Black Panther turut dijayakan oleh Letitia Wright, Lupita Nyong'o, Winston Duke dan Angela Bassett.

Artikel asal: Astro AWANI


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu