BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 2 November 2020

Berapa kos bina Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)?


Stesen Angkasa Antarabangsa ataupun International Space Station (ISS) bermula dengan idea Presiden Amerika Syarikat pada 1984, Ronald Reagan yang dikenali sebagai Space Station Freedom pada ketika itu.


Satu perjanjian ditandatangani pada 28 Januari 1998 antara kerajaan Amerika, Kanada, Jepun, Rusia dan sebelas ahli Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).


ESA terdiri daripada sebelas negara iaitu Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Switzerland dan United Kingdom untuk menjayakan projek itu.


Pada November tahun yang sama, module pertama ISS, Zarya dilancarkan sebelum Unity dilancarkan pada Disember, diikuti dengan beberapa module lagi.


Berapa kos bina ISS?



Zarya dan Unity. Foto: NASA.


Kos belanja ISS pada 2010 bernilai dianggarkan AS$150 bilion.


NASA ataupun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat merupakan pembiaya terbesar, iaitu sekitar AS$58.7 bilion dari 1985 hingga 2015.


Rusia kedua terbesar dengan AS$12 bilion, Eropah (ESA) AS$5 bilion, Jepun AS$5 bilion dan Kanada AS$2 bilion.


Dianggarkan 36 kapal angkasa dibina untuk menjayakan projek itu yang dianggarkan bernilai AS$50.4 bilion.


Kos-kos lain termasuk membiayai kehidupan angkasawan di Skylab dianggarkan AS$7.5 juta sehari, setiap seorang.


ISS ada enam krew.


Bukan murah nak tinggal di ISS rupanya.


Sekarang ni, NASA membuka peluang kepada sesiapa saja untuk jadi pelancong di ISS, di mana kos untuk tinggal di ISS berdasarkan laporan The Verge pada 2019 adalah AS$35,000 sehari.


Tapi itu tak termasuk kos pengangkutan ke sana.


Nak ke sana kena bayar lebih kurang AS$60 juta, ttiket roket pergi dan balik, berdasarkan laporan BBC.


Nampaknya NASA nak cari makan selepas belanja AS$3-4 bilion setahun untuk ISS dengan negara-negara lain.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu