BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 2 November 2020

Lelaki suka selfie mungkin psikopati, narsisisme



Tak kira wanita atau lelaki, dua-dua ikut trend mendapatkan perhatian pengikut-pengikut mereka di Instagram, Twitter atau Facebook.


Sedar atau tidak, garis masa media sosial kini dipenuhi dengan berbagai kandungan, termasuk video, pakaian harian (#OOTD), dan stok selfie kedua-dua golongan wanita dan lelaki.


Bagaimanapun, awas dengan lelaki yang terlalu gemarkan mengambil, meng-edit dan memuat naik selfie mereka di media sosial!


Kajian mendapati lelaki berkelakuan sebegitu lebih cenderung menghidap antara tiga sifat "The Dark Triad", termasuk licik, narsisisme dan psikopat.


Apa itu The Dark Triad?


Dalam psikologi, The Dark Triad adalah tiga sifat negatif yang menghubungkan individu dengan perbuatan jenayah.


Psikopat - Individu yang mengalami sakit jiwa atau mental tidak seimbang sehingga boleh menyebabkan tingkah laku tidak normal atau pun agresif.


Licik - Kepintaran tipu helah bagi tujuan keuntungan diri sendiri tanpa rasa empati terhadap kesan perbuatan itu.


Narsasisme - Keadaan seseorang individu yang terlalu memuja dan mengagumi diri mereka sendiri. Narsasis sering susah untuk terima keadaan sebenar selain jika ia memihak kepada diri mereka sendiri.


Apa kaitan The Dark Triad dengan lelaki suka selfie?


Satu kajian telah dilakukan terhadap lelaki di Amerika Syarikat (AS) dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun untuk mengkaji hubungan The Dark Triad dengan tingkah laku di media sosial.


Kajian yang menggunakan sifat-sifat The Dark Triad untuk meramal tempoh masa lelaki menggunakan media sosial itu mendapati lelaki yang lebih suka memuat naik gambar diri mereka, telah mendapat markah tinggi dalam ujian psikopati. 


Selain itu, kajian tersebut menghubungkan lelaki yang suka bergambar dan memuat naik tanpa edit gambar dengan sifat mudah terangsang atau terlalu ikut gerak hati, yang turut menunjukkan sifat-sifat kurang empati dan juga narsasisme.


Lelaki yang suka bergambar dan mengambil masa yang lama untuk edit gambar pula dikaitkan dengan sifat terlalu kagum dengan diri sendiri serta narsasisme.


Bagaimanapun, kajian ini tidak membuktikan semua lelaki yang melakukan perkara ini mempunyai sifat psikologi yang sama dan sampel ini berdasarkan lelaki di Amerika Syarikat sahaja.


Masih banyak kajian diperlukan untuk mendapati hubungan sifat seseorang individu dengan cara mereka di media sosial.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu