BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 26 November 2020

Fakta ketum dan kenapa ia diharamkan


Pokok ketum atau nama saintifiknya mitragyna speciosa merupakan pokok tropika yang popular di negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.


Ketum tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung di Malaysia, khususnya di bahagian utara dan pantai timur negara, jadi orang kita memang kenal sangatlah dengan pokok ni.


Daun pokok itu sering digunakan sebagai ubat rawatan tradisional, namun ia juga sering disalahguna bagi tujuan rekreasi disebabkan kesan perangsang sejenis bahan kimia yang ada pada daun ketum.


Daun ketum digunakan untuk merawat apa?


Orang kita melihatnya dari segi sifat kebaikannya di mana  daun dan patinya dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, diabetes, penyakit cacing, demam dan batuk.


Kepercayaan ini lebih dasyat daripada ubat yang boleh dihasilkan big pharma!


Sumber foto: Portal rasmi KKM


Daun ketum juga dikunyah kerana dipercayai boleh melegakan sakit belakang dan sakit otot selain meningkatkan tenaga, selera dan nafsu.


Bagaimanapun, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat- ubatan Amerika Syarikat (FDA), tiada bukti bahawa daun ketum selamat dan berkesan untuk merawat apa-apa jenis penyakit dan perdagangan bahan asli atau produknya adalah haram di sisi undang-undang.


Macam mana ketum digunakan untuk tujuan rekreasi?


Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine yang memberi kesan euphoria atau menghayalkan, seumpana kesan daun coca atau opoid, morfin.


Sumber foto: Portal rasmi KKM


Biasanya daun ketum direbus dan air yang pahit itu diminum begitu sahaja atau ditambah dengan pemanis.


Oleh kerana produk air ketum itu mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan penagih, penjual akan meletakkan air rebus itu di dalam beg kecil untuk dijualkan.


Apa hukuman jual ketum?


Sumber foto: Portal rasmi KKM


Mytragynine yang didapati di dalam air daun ketum merupakan sejenis alkaloid psikoaktif yang dikawal dibawah Akta Racun 1952 dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik).


Aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan mana-mana bahan dalam jadual tersebut adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau empat tahun penjara, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sumber foto: Facebook PDRM



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu