BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 6 November 2020

Mainan Star Wars dalam beg sampah sebenarnya bernilai RM2.17 juta


Sepasang suami isteri warga emas di England mendapat durian runtuh apabila koleksi patung watak Star Wars yang ditinggalkan kepada mereka rupa-rupanya bernilai £400,000 atau RM2.17 juta.


Kesemua mainan tersebut ditinggalkan jiran mereka (jiran mereka meninggal dunia) dalam beg sampah dan masih berada di dalam kotak yang masih belum dibuka.


BACA: SATU HARI BUMI AKAN DITELAN MATAHARI


Anak mereka memanggil jurulelong yang membuat penilaian terhadap semua mainan filem cereka sains itu.


Menurut jurulelong itu, Chris Aston, mainan yang ditinggalkan adalah seumpama jumpa harta karun, terutama sekali buat pengumpul koleksi mainan Star Wars di seluruh dunia.


Foto: Aston’s Auctioneers


Tambah Aston lagi, ia merupakan koleksi Star Wars yang paling hebat pernah dia temui, walaupun ada yang agak lusuh akibat penyimpanan yang tidak betul.


Dia memberitahu bahawa koleksi itu sudah mendapat reaksi memberangsangkan daripada para pengumpul dari seluruh dunia dan menjangkakan hasil yang sangat lumayan.


BACA: DARTH VADER DIILHAM DARIPADA SAMURAI


Patung watak tersebut dilelongkan anjuran Sotheby's dan eBay.


Antara mainan terbaik daripada koleksi itu termasuk Star Destroyer Commander, yang dijual pada nilai £32,500 (RM176,670), di mana hanya dua unit diketahui masih berada dalam bungkusan asal.


Manakala figura Palitoy Jawa yang masih dalam bungkusan asal, dijual pada harga £27,280 (RM148,278). Ia merupakan satu daripada 10 yang diketahui berada dalam bungkusan asal di seluruh dunia.


Selain itu, lapan daripada patung watak Return of the Jedi yang dibeli pada harga £1.59 setiap satu pada 1980-an, dilelong dengan harga £1,400 setiap satu (RM7,610).



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu