BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 16 Disember 2020

5 haiwan paling pembersih di dunia


Ramai orang ingat haiwan adalah makhluk yang tidak bersih kerana selalu bergelumang dengan persekitaran terbuka. Ini persepsi yang salah, dan jangan ingat kita manusia adalah makhluk yang lebih baik daripada makhluk lain. 

Malah ada juga manusia yang lebih pengotor daripada haiwan, dan ada haiwan yang lebih bersih daripada manusia. Haiwan ada cara mereka yang tersendiri untuk memastikan tubuh mereka bersih dari kotoran dan kuman yang tidak baik untuk mereka. Ini beberapa haiwan yang dikenal pasti antara yang paling pembersih di dunia.


1. Beruang kutub


Mereka mempunyai bulu putih tebal yang bertindak sebagai insulator atau perangkap haba memandangkan mereka tinggal di habitat bawah paras beku. Bagaimanapun kesan insulasinya tidak begitu baik sekiranya bulu mereka kotor.

Memandangkan mereka juga sejenis haiwan yang sangat comot bila makan, mereka akan kerap membersihkan diri. Untuk itu, beruang kutub akan berguling-guling pada salji dan berenang di laut.


2. Kucing


Tak ada benda lain dibuatnya - makan, tidur, main, jilat badan, tidur balik. Kucing juga tidak mahu makan dekat dengan tempat 'melaburnya', malah akan mengkambus bahan buangannya daripada dilihat. 

Kucing menghabiskan kebanyakan waktu dengan tidur, dan apabila dalam jaga, 50% daripada waktu itu diluangkan untuk membersihkan diri sendiri atau kucing lain. Menjilat juga bertujuan menyejukkan badan.


3. Harimau


Macam saudara kecilnya, harimau juga haiwan yang pembersih ya amat. Mereka suka menjilat tubuh selain untuk melaraskan suhu badan, ia juga bertindak sebagai perawat luka kerana ada ezim di dalam air liur mereka yang bertindak sebagai antiseptik semula jadi.

Cuma berbeza dengan kucing adalah si belang suka berendam di dalam air untuk menyegarkan badannya. 


4. Arnab


Antara sebab kenapa bulu arnab begitu lembut adalah kerana mereka kerap membersihkan diri. Malah, bulu mereka juga tahan bau. Seperti kucing, arnab juga boleh dilatih untuk buang air di tempat yang dikhaskan.

Bagaimanapun, arnab tidak boleh dimandikan kerana ia akan mendatangkan stres kepada mereka malah boleh mengundang masalah pernafasan. Kalau arnab atau kucing dilihat kotor, maknanya mereka sedang sakit. Segeralah bawa berjumpa doktor.


5. Babi


Ya, haiwan 'kegemaran' ramai ini dikatakan antara yang paling bersih, walaupun sering dikaitkan dengan konotasi buruk dan kotor (BACA: Mari mengenal babi). Ini kerana cara manusia mengendalikan babi, diternak dan dibiarkan hidup dalam persekitaran yang sempit dan kotor.

Menurut kajian, pada sifat dan habitat semula jadinya, babi takkan buang air dekat dengan tempat mereka tidur dan makan. Mereka menggelumangkan diri dengan lumpur sebagai menyejukkan diri (memandangkan babi tiada kelenjar peluh) dan sebagai penghalau serangga.

Bagi haiwan, itu bersih lah. Ikut manusia punya bersih, memang tak lah.


Sumber: Reference.com


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu