BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 15 Disember 2020

Cyberjaya jadi pilihan restoran Taco Bell yang pertama di Malaysia


Di Malaysia kalau bercakap mengenai fast food atau makanan segera sudah pasti makanan seperti burger, ayam goreng atau hot dog menjadi pilihan.


Kita belum terdedah dengan taco, makanan yang berasal dari Mexico, namun semakin lama, taco mula mencuri perhatian dengan beberapa cafe serta restoran mula menjualnya.


Kini tiba giliran restoran makanan segara, Taco Bell mencuba nasib dengan mempekenalkan juadah yang popular di Amerika Syarikat (AS) itu di Malaysia tak lama lagi.


BACA: 5 MAKANAN PENCETUS KEGEMBIRAAN

BACA: DIET MANA YANG PALING BERKESAN DI MALAYSIA?


Mungkin ramai tak tahu tentang francais makanan segera Taco Bell sebab ia belum membuka cawangannya di Asia Tenggara.


Selain Malaysia, Taco Bell juga mahu membuka cawangan di Indonesia.


Foto: Santtu37 - https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=88570495

Cuma satu yang pelik adalah Taco Bell akan buka cawangan pertama di Cyberjaya, Selangor dan bukan di ibu kota.


Itu yang diumumkan di laman web syarikat francais makanan segara itu.


Sebuah francais baharu nak buka di luar KL adalah satu pertaruhan yang besar, kerana di sana tak ramai orang, seperti di ibu kota.


“Selepas sekian lama berspekulasi, restoran makanan segera Mexico terbesar dunia mengumumkan lokasi pembukaan pertama di Malaysia - Cyberjaya, Taco Bell akan datang ke anda,” kata syarikat berpangakalan di California, AS itu dalam kenyataan tersebut.


Bagaimanapun, di mana lokasi tepat dan tarikh pelancaran masih tidak diketahui, namun dengan melihat laman webnya saya menjangkakan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.


Taco Bell sebelum ini pernah umum akan dibuka di Malaysia Jun lalu, namun setelah berbulan negara melawan pandemik COVID-19, pembukaan ditangguhkan sehingga kini.


Setakat ini, Taco Bell memiliki lebih 7,000 restoran di 31 negara sejak 1962 oleh pengasasnya, Glen Bell.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu