BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 4 Disember 2020

Apa itu HBO Max?


Semua tayangan filem baru Warner Pictures akan ditayangkan serentak di aplikasi penstriman video, HBO Max


HBO Max adalah aplikasi penstriman video macam Astro GO, Netflix dan lain-lain, kena bayar yuran bulanan untuk tonton.


Berita baik ni tapi malangnya HBO Max belum ada di Malaysia tapi di Astro ada HBO Go.


HBO Go dilancarkan Mei tahun lepas di mana pelanggan Astro boleh mengakses filem-filem yang diterbitkan khas untuk HBO dan filem lain yang tersenarai dalam saluran itu.


HBO Go ada lebih daripada 10 juta pelanggan dan akan digantikan dengan HBO Max, hasil penjenamaan semula aplikasi penstriman video itu.


Pada Julai, HBO Go dihentikan di mana HBO Max dan Now (ada lagi satu) disatukan.



HBO Max takde kat Malaysia.

Gabungan HBO dan HBO Go menyaksikan saluran filem itu meraih 43 juta pelanggan pada Disember 2019.


Warner Media mensasarkan 50 juta pelanggan di Amerika Syarikat sahaja bagi tahun ini dan 80 juta pelanggan di peringkat global menjelang 2025 untuk HBO Max dan HBO di TV.


Kesemua pelanggan HBO Go akan pindah secara automatik sebagai pelanggan HBO Max.


Setakat Jun 2020, HBO Max sudah mempunyai 1.7 juta muat turun dari App Store dan Google Play di Amerika Syarikat.


HBO Max dengan WarnerMedia ni sama jadi kandungan milik Warner seperti DC Comics, CNN, TNT, TBS dan Cartoon Network ditawarakan di aplikasi itu.


Setakat ini, tiada berita mengenai HBO Max akan disertakan bersama Astro kerana kita tahu, HBO kini mahu perniagaan mereka terus kepada pelanggan.


Adakah kita akan dapat saksikan tayangan perdana filem-filem yang akan dilancarkan serentak di pawagam dan HBO Max di negara ini dalam masa terdekat.


Pakai VPN ok kot nak dapatkan HBO Max? 


BACA: WONDER WOMAN 1984 AKAN DITAYANGKAN SERENTAK DI PAWAGAM DAN HBO MAX






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu