Jersi home, kemas, jersi away, beri amaran kepada lawan di gelanggang lawan.
Itu kesimpulan jersi baharu Harimau Malaya bagi musim 2020/2022 yang kita tengok dilancarkan hari ni secara maya.
Nak puaskan hati semua orang dengan design memang susah, masing-masing ada taste mereka yang tersendiri.
Apapun kali ini tak main langsung away kit color yang contrast dengan kuning seperti dulu pakai warna biru untuk ke tempat lawan.
Walaupun contrast sebab warna hitam as away kit, tapi belang kuning tu agak menonjol, tapi tetap lulus untuk lawan team lain pakai warna kuning.
Harap-harap tak ada pengadil yang anggap away kit masih ada warna kuning dan minta ditukar kalau team home yang dilawan pakai kuning.
Pengarah Perhubungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Wan Fakhrul Wan Bakar turut berkongsi tweet gembira dapat share posting gambar promosi kit tersebut yang dibuat 46 hari lalu.
Sesi 2 @ Thistle JB • 19 Oktober 2020
— Wan Fakhrul Bakar (@wanfakhrul23) December 4, 2020
Selepas di PJ, kami ke JB pula bagi melengkapkan sesi..
Kali ini, 46 hari kami menyimpan rahsia & amanah yang telah diberi.. Hari ini baru post.. 💪😎#behindthescenes Photoshoot Jersi Harimau Malaya 2020-2022 ⚽️🇲🇾 pic.twitter.com/lracfPCIFp
Bagaimanapun, ramai yang dah tengok design kit terbaharu Harimau Malaya ni dekat FootyHeadlines beberapa minggu yang lalu.
Seperti biasa, banyak juga komen negatif mengenai jersi Harimau Malaya ni, semua orang anggap mereka handal dalam semua benda di internet.
Kami nak highlight tentang harganya, RM299, stadium fan kit, ramai kata mahal sebab Malaysia punya team.
Apa ingat tak bagus ke Malaysia punya team macam international team? Mana maruah kita?
Kita patut letakkan sama level dengan international team dan bangga brand sukan terkemuka dunia sudi untuk menaja team yang kita sayangi.
Barang-barang yang Nike buat ni pergi R&D (kajian dan pembangunan) dan banyak orang terlibat dalam usaha bikin jersi ni, bukan senang-senang macam Pak Mat pergi kedai tempah kain dan jahit saja.
Akibat anggap mahal, ramai lah akan beli jersi ciplak Harimau Malaya lepas ni sebab jauh lebih murah tapi duit itu pergi ke mana orang kita tak pernah fikir.
Malas nak cerita panjang. Support our team dan beli barangan original mereka.
Kalau rasa tak berbaloi tak payah la beli, banyak alternatif lain, tapi bukan dengan beli baju tiruan.
Jersi ini akan mula dijual pada 11 Disember, jadi sempat lagi nak kumpul duit, pasti laku kali ini.