BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 29 Disember 2020

Dekat mana nak letak nombor plat basikal?



Memang kelakar lah kalau nak fikirkan basikal racing Pinarello berharga RM40,000 tu letak nombor plat macam gambar di atas. Tak sporty la.


Untuk lebih adil, komentari ini dibuat dengan tidak membaca cadangan teperinci yang dibuat Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).


Rakan baik kami, Shahrim Tamrin yang merupakan pejuang keselamatan jalan raya yang paling hard core dan penyumbang kepada Astro AWANI serta MIROS sendiri ada menulis dan memberitahu kami mengenai cadangan itu.


Dalam komentarinya berbahasa Inggeris di Astro AWANI bertajuk ‘Bicycle licences - a case of pedalling back to the 60s?’, Shahrim merumuskan kembali cadangan 'popular' yang dibentangkan MIROS itu.


BACA: JALAN RAYA TERUK, NORMA BAHARU MALAYSIA


Cadangan itu ditolak oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong kerana banyak faktor perlu diteliti bagi polisi melesenkan basikal.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga tidak bersetuju dengan alasan budaya bersukan dan kecergasan tidak patut dilesenkan.


Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyuarakan pandangan bahawa cadangan MIROS tidak munasabah dan tidak berasas kerana kebanyakannya digunakan untuk tujuan riadah.


Ya dulu orang guna basikal untuk kegunaan harian dan kebanyakan kemalangan melibatkan basikal adalah orang yang gunakannya setiap hari, bukan riadah (menurut Shahrim dan statistik PDRM).


Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang setuju dengan cadangan itu tapi berpendapat ia merupakan yang terakhir perlu dilakukan.


Yang perlu dilakukan sekarang oleh pihak berkuasa ialah polisi baru berbasikal, kempen kayuhan selamat dan betul serta bina litar basikal.


Laluan khas untuk basikal di jalan raya pun susah nak bikin dengan betul, maklumlah kita fokus kepada kenderaan bermotor sahaja buat masa ini, bila pihak berkuasa tempatan (PBT) kecilkan jalan nak galakkan orang guna kenderaan awam dan mudahkan pejalan kaki, terus kena maki dengan netizen.


Jadi siapa yang setuju 100%?


Gambar Hiasan.

Yang setuju dengan cadangan itu adalah Bukit Aman kerana lonjakan jumlah basikal di jalan raya. 


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin memberitahu ia satu cadangan yang baik.


Pendaftaran dan lesen basikal boleh disertakan dengan perlindungan insuran, selain polis boleh menjalankan penyiasatan dan aduan orang awam berkaitan dengan salah laku pengayuh basikal dengan lebih baik.


Betul juga kata Dr Bakri, senang nak claim, senang nak cari pesalah jalan raya yang berbasikal tu kerana sekarang memang tak tahu siapalah yang dok kayuh basikal tengah jalan raya dan ada pula yang guna lebuh raya, yang merupakan kesalahan undang-undang.


Pendaftaran nombor plat atau tagging digunakan negara maju seperti Belanda dan Jepun dan cadangan ini perlu diperhalusi lagi.


Di Jepun pendaftaran hanya untuk mengelak kecurian, bukan undang-undang untuk mentadbir orang berbasikal.


Apa kaitan nombor plat dengan keselamatan jalan raya? Alasannya sudah diberikan Dr Bakri di atas. Memang berat nak setuju sebab tak pernah terfikir nak kena lesenkan pengguna basikal, lagi-lagi kena letak nombor plat.


Tapi seperti juga televisyen yang kena ada lesen dulu-dulu, ada PBT yang sudah mewajibkan pendaftaran basikal pada awal 20an hingga 60an dulu, seperti gambar basikal lama di atas, sebab itu orang kata cadangan itu adalah regresif.


Malah ada yang dakwa peraturan ini (pendaftaran/lesen basikal) sudah wujud dalam PBT sejak sekian lama, cuma tidak dikuatkuasakan.


Adakah kita nak kembali ke zaman British/Jepun dulu dan kenapa PBT tak teruskan mewajibkan setiap basikal perlu didaftarkan? 


Adakah sebab kita dah lupakan basikal sebab kita dah mampu beli motosikal? 


Siapa yang tahu sila email kami dekat rancaktv@gmail.com


Tapi bagi saya, masalah di jalan raya ni bukan sebab penguatkuasaan dan peraturan yang lemah, tapi ia lebih kepada sikap pengguna jalan raya, kalau elok budi pekertinya, eloklah dia guna jalan raya.


Kalau dia sabar dan tak buli pelayan di restoran mamak, dia boleh lah bersabar dengan kerenah orang di jalan raya ataupun ahli keluarga di rumah.


Kita dah cuba ajar orang berhemah di jalan raya di sekolah memandu, tetapi yang lulus pun banyak lakukan kesalahan, takkan kita nak hentikan kelas memandu dan pengambilan lesen memandu?


Nombor plat juga tak selesaikan masalah jenayah dan kecurian sepenuhnya kerana orang boleh guna nombor pendaftaran palsu, kereta clone dan ada nombor plat yang dipasang pun tak ikut spesifikasi, jadi pihak berkuasa tak dapat menyiasat dengan betul.


Apa sahaja sistem yang diperkenalkan ada kelemahannya tapi ia juga ada kebaikannya, sekarang terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan untuk pertimbangkannya.


Persoalannya sekarang mana nak letak nombor plat dan apa saiz yang sesuai supaya pihak berkuasa boleh nampak nombor plat basikal racing atau mountain bike yang digunakan untuk beriadah itu?


Gambar Ebay.com, tempat letak nombor plat bagi basikal sukan triathlon.


Boleh tak guna nombor plat yang digunakan di triathlon macam gambar di atas? Kalau boleh memang ngam la, sebab baru rasa macam masuk Iron Man sikit.


Ada juga kata daftar lesen basikal ni tambah beban. Bagi yang pakai basikal murah tu boleh faham lagi la tapi yang beli basikal harga beribu ringgit, apa alasannya? Oh... bayar ansuran basikal tak habis lagi? 


Apapun, saya sangat setuju basikal didaftarkan untuk kumpul data pengguna basikal bagi macam-macam tujuan - kecurian, insuran dan kemalangan. Setiap basikal mahal ni ada nombor sirinya untuk tujuan warranty.


Nombor plat nak letak dekat mana atau nak letak sticker untuk tagging? Itu kita fikir paling akhir lah, macam Azizulhasni kata.


- Ian Johan Ariff



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu