BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 29 Disember 2020

Dulu gelak dekat Apple, sekarang Samsung & Xiaomi pun ikut



Dulu korang gelak dekat Apple, kutuk Apple sebab tak bagi charger atau pengecas bersama dengan iPhone 12 yang mahal gila tu, tapi nampaknya trend itu diikuti oleh Samsung dan Xiaomi.


Alasan yang diberikan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.


Xiaomi dan Samsung mengesahkan hendak menghentikan pemberian charger untuk model terbaharu, Xiaomi Mi 11 dan Samsung pula untuk model Galaxy X21.


Kepala charger ni tak berapa penting bagi kita semua sebenarnya, sebab yang lama masih boleh digunakan, malah ramai yang guna plug third party yang ada banyak sambungan wayar usb kan?


Banyak kepala charger yang tak terpakai dan bersepah di celah-celah sofa atau laci di rumah, jadi pakai lah semula yang dah ada. Boleh kan?


Kepala charger third party made in China (hampir semua barang elektronik ada kat rumah kita adalah buatan China) tu tak la mahal sangat.


Nak suruh Apple kurangkan harga iPhone, Samsung kurangkan harga Galaxy? Kalau iPhone harga RM4000, dia tak kasi charger di baru tolak RM100-200 je kot.


Tindakan tidak memberi charger ini bakal menyelamatkan pembaziran sekitar dua bilion unit setiap tahun.





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu