BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 7 Disember 2020

ESA kongsi peta penuh Bimasakti kita



Akhirnya kita dapat menyaksikan kedudukan sebenar planet dan bintang yang ada di galaksi kita, terima kasih kepada Gaia, sebuah satelit milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang berada di angkasa lepas. 


Gaia dilancarkan pada 2013 untuk membuat katalog angkasa lepas tiga dimensi yang akan dijadikan rujukan saintis di seluruh dunia mengenai galaksi kita.


BACA: BERAPA KOS NAK BINA ISS?


Peta yang dikongsikan itu menunjukkan lokasi lebih daripada 1.8 bilion cakerawala dan juga melihat saiz serta jaraknya.


Inilah Gaia, imej yang dikongsikan ESA.

Katalog yang dikongsikan itu adalah versi ketiga yang dikatakan lebih tepat dan terperinci daripada versi kedua yang dikeluarkan pada 2018.


Kali ini semua bintang dapat dilihat termasuk yang berada di pinggir Bimasakti atau yang paling hampir dengan matahari yang sebelum ini tidak dapat dilihat akibat terlampau cerah.


Data yang dikongsikan juga merangkumi bintang di galkasi satelit Bimasakti, yang dipanggil Awan Magellan.


Peta ini dapat dilihat di laman web ESA tapi saiznya imej sangat besar iaitu 1 petabyte, (sekitar 1 juta gigabytes).


Tetapi jika anda berkemampuan dan mempunyai pengetahuan dalam astronomi, boleh lah mengkajinya dengan lebih mendalam.


Setakat ini tak pula Gaia nampak 36 tamadun yang dikatakan wujud di Bimasakti ini.


BACA: ADA 36 TAMADUN ALIEN DALAM BIMASAKTI KITA



Photo Cover: ESA/Gaia/DPAC; CC BY-SA 3.0 IGO. Acknowledgement: A. Moitinho.









Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu