BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 24 Disember 2020

Rancak X : 10 tradisi pelik Krismas di seluruh dunia


Krismas asalnya bermula daripada perayaan orang-orang di utara Eropah menyambut ketibaan kemuncak musim sejuk solstis dan dewa-dewa purba sebelum Kristian menerapkannya sebagai hari memperingati kelahiran Jesus.

Apabila Kristian berkembang ke seluruh dunia melalui penerokaan dan penaklukan kolonis yang membawa misi penyebaran agama itu, turut sama dibawa tradisi perayaan tersebut. Dan ia berevolusi mengikut budaya setempat.

Maka, setiap negara tersebut menyambut Krismas dengan cara yang agak berbeza. Ini 10 tradisi pelik Krismas di seluruh dunia.

1. Di Catalonia, adegan nativiti (diorama figura menggambarkan adegan kelahiran Jesus) pasti akan ada satu figura petani memakai topi merah tradisional Catalan, mencangkung menunjukkan perbuatan sedang membuang air besar dipanggil Caganer.



2. Di Iceland, orangnya percaya bahawa mereka akan dimakan oleh kucing Yule yang besar dan buas sekiranya tidak memakai baju baharu.



3. Di Ukraine, menjadi kebiasaan untuk rakyatnya menghias pokok Krismas mereka dengan sarang labah-labah.



4. Di Austria dan beberapa wilayah Alpine seperti Switzerland dan Slovenia, ketibaan Santa Claus pasti akan diganggu oleh Krampus - syaitan penentang Santa Claus yang badannya separuh syaitan separuh kambing.



5. Untuk makan malam Krismas di Greenland, menjadi budaya mereka untuk menghidangkan Muktuk, sejenis makanan yang diperbuat daripada kulit dan lemak ikan paus. Lazim dimakan mentah, digoreng, bersama kicap. 



6. Di Jepun, KFC menjadi pilihan paling popular sebagai menu makan malam Krismas mereka.



7. Di Itali, mereka percaya ada satu watak ahli sihir Krismas bernama Befana yang akan membawa hadiah kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. Yang nakal? Dia akan membawa mereka kepada suaminya untuk dimakan.



8. Di Caracas, Venezuela, menjadi kebiasaan untuk mereka datang ke gereja untuk mes Krismas di pagi 25 Disember itu dengan memakai kasut roda.



9. Pada petang sehari sebelum Krismas di Sweden, seluruh keluarga akan berada di hadapan televisyen untuk menonton rancangan istimewa menampilkan watak kartun popular, Donald Duck.



10. Pada tempoh antara Krismas dengan sehari sebelum tahun baharu, orang Wales akan pergi dari rumah ke rumah dengan 'Mari Lwyd', figura hantu yang diperbuat dengan kain putih dihias dan tengkorak kuda.



Sumber: Mental Floss


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu