Kecoh hari ni apabila seekor babi hutan masuk dalam shopping mall Alamanda dekat Putrajaya.
Perkara itu sah sebab memang dilaporkan di media massa dan disahkan bomba yang menerima panggilan pukul 12:47 tengah hari tadi daripada kompleks beli-belah berkenaan.
Haiwan itu berjaya ditangkap selepas menuju ke padang ragbi di Presint 16 dan diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj).
Lepas shopping pergi main ragbi pula, patut la masuk kedai pakaian sukan.
Babi itu sudah pasti masuk tak ikut SOP biasa kerana ia dipercayai melarikan diri daripada operasi menembak babi hutan yang diadakan setiap Ahad di Putrajaya.
Ada yang tanya, macam mana ia boleh lepas kawalan keselamatan yang sekarang ketat di shopping mall?
I wonder how did the babi hutan enter alamanda without yk security noticing LIKE HOW TF DID IT GET IN???
— ayla (@shereenuh) December 6, 2020
Kami tak tahu macam mana dia boleh masuk dan dibenarkan masuk sebab tak ada video.
Tapi apa yang kami tahu, babi hutan ni dia berlari dan sondol saja semua benda yang ada di depan dia.
Pasukan keselamatan di mall sudah pasti tidak terlatih untuk mengendali haiwan liar ini dan sudah pasti tidak dicek suhu dan menggunakan MySejahtera untuk masuk mall ini.
Pengunjung pusat beli belah di Putrajaya gempar apabila seekor babi hutan menceroboh masuk premis berkenaan.https://t.co/1Vq9IxwzNW#onenews #putrajaya pic.twitter.com/6ZyJpJwIuM
— OneNews 🇲🇾 (@onenewsofficial) December 6, 2020
Nasib baik babi hutan kalau harimau? Tengok lah video yang orang share di Whatsapp, kalau terlepas lah.